Thursday, January 13, 2011

Kelantammm

Aiceh, kenapa kau blogging?? bukan semalam dah heboh tak nak update ke?? wakaka . ala, assgment dah siap sepantas kilat la u. berkat i rajin YM dapat lah menaip laju siapkan assigment berbakul.


abibah, aku dah siapkan assgment dah ni..ye, aku nak packing barang la ni. 


well..people, im off  to kelantan tomorrow!!!  yeyyyy!! amboi amboi. suka cam cacat ye dia. sedarkah kau esok flight kau pukul 7.30 pagi??!!! nasib kau la pagi pagi buta dah merempat kt lcct tu. nasib kau. malang 


uhh, nanti i becok becok update trip i ni. heheh. ok, i know kelantan banjir like so teruk. tapi kan dah surut. mesti banyak barang murah. penghabisan stok barang lumpur T_T 


bon voyage :D





Wednesday, January 12, 2011

Lala kerjalah hani nadia

I betul betul sibuk lately, banyak sangat assignment yang i perlu siapkan. kalau lah i ada hamba, dah lama i sebat dengan ekor pari pakse beliau melakukan kerja i * niat dah terpesong, mana la tuhan nak bantu :' (

so here it is : 

hematologi klinikal : talasemia 

biokimia klinikal : penyakit jantung koronari  Checked!

mikrobiologi : havent got the title of the bacteria yet *yippie 

patologi : pneumonia 

semua kena submit by next week. pfftt

so, they might be lack of update after this. chop. ade orang kesah ke?? huahua





kak nab busy nyah.

Tuesday, January 11, 2011

15mm Geo Lens Xtra size

Lens i nak update adalah the latest one. fine, i know ini adalah personal belog. tak sesuai selit selit hal bisnes, tapi nak buat camno, carik makan. kahkah.  ok, untuk sesiapa yang selalu sangat tertarik dengan awek awek hot korea mate besau, boleh try lens yang i nak tunjuk. saiz 15mm yang mana membuatkan mata u nampak natural je besar dia, tak ada la nampak macam mata u juling utara-selatan kan.

contact lens adalah sangat In sekarang ni, siapa orang cool yang tak pakai lens?? semua pakai. so kalau u nak rasa cool, come on. try one. tak mahal. paling penting ia tahan sehingga 1 TAHUN!!!

untuk lens lens lain, boleh tengok disini GEO LENS


detailed dibawah setiap gambar yang i tunjuk :



*sila klik gambar untuk view bapak besar

Xtra DIA 15mm Price RM 36/Pair
Only WBS202,WBS204 dan WBS205  Power 0.00 - 6.00.
 Models/Series lain  Plano (0.00) sahaja








Berry Holic / Bonita Lens / - ( Plano sahaja)
* Bella Special BS201 , BS203  Plano (0.00) sahaja!
BS202, BS204, BS205 available power 0.00 - 8.00




















kalau u berminat, boleh email i 

hani_nadia@yahoo.com

segala butiran dan perkara yang perlu akan i beritahu nanti ok :)

happy shopping!!!

Monday, January 10, 2011

Pendek la bagus

Ape pendek pendek? rendah la..eh, rendang la..eh, katik la. eh, i nak cakap rambut la.


sebab jakun tidak pernah merasa rambut pendek, i terus post kat belog. mesti lepas ni i kena kecam hebat. bahah. i suka ok, seumur hidup rambut mesti stok stok Rapunzel  cik ponti. mengurai. merangkak. kalah Ju-on. tapi memang kena potong dah la, sebab rambut i lagi sikit dah boleh ishtihar botak. kalau gugur tu dah boleh action action leukemia.pengsan


sudah la mendapat hair stylish amatur T_T. 3 jam ok. ulang. 3 J.A.M  baru rambut i setel. nasib baik jadi, kalau tidak, dengan cina tu aku botakkan guna mata satu. hah apa mata satu? tanya aney potong rambut. 


so, i buat bob hair style,



ni yang paling sama i boleh jumpa. tapi lagi pendek. oh, of kos rambut i tak blonde. kau gila? ada kena makan penampor wak nan

so tengok, who else have the same hair as mine :)


eva longoria does it


rihanna does it


VB does it 

aceceh. kesimpulannya apa? ait,pandai dia cakap kita muka hollywood taw. blushing. no, no. pendek la bagus bai. senang jaga,tak payah sikat senang sikat. kurang gugur. kurang dosa sebab tak bersanggul. *tiba tiba

eh cuba la potong rambut. tak payah la sayang sayang. rambut kan tumbuh. ringan wuh kepala. masih di dalam mood jakun beliau

Sunday, January 9, 2011

mak dan ayah

Im back Nyahhhhh!!! tiba tiba i muncul kan. yey, i baru saja balik dari kampung kecintaan. uhh bestnya dapat jumpa mak, ayah, pakdin, ila, kekdah. suka! oh oh..got to share this funny story of my parent :P

di suatu pagi yang hening...

ayah kacak : nadia! nampak anu tu tak?? *sambil membuat gaya mencangkul

nadia jelita : tak tahu la yah!! cuba tanya mak!!

ayah kacak : hmm, kat tangan mak kau tu ha *suara dalam tekak

emak meletop : nak ape bang? nak cangkul ke bang?

ayah kacak : yela, tengah carik. rupanya pada idah. abang panggil tadi

emak meletop : ala mane idah nampak. idah ni kena pakai contact lens baru nampak. cantik. contact lens biru, rambut kaler maroon

ayah kacak :  lain kali pakaii teropong *sambil buat gaya teropong dengan tangan

emak meletop :  mencebik

ini adalah fenomena normal dirumah. this is why i miss home so much. rugi tak snap pic mak ayah tengah anu orkid kat rumah. rugi rugi

Wednesday, January 5, 2011

Berambus Berembus Berhembus

i benci u. u buat i pening tengok u. walaupun orang kata u cool, tapi hakikatnye orang yang kata tu tak pernah kenal u. u ni useless!! tak ade apa apa. u tak reti hiburkan i. u tak pernah ajak i tengok movie sebab u tak ada. u memang hampeh. balik balik ajak i pergi i city. bohsannnnn.  sekarang i angkat kaki, i tak nak dah tengok u. i nak balik rumah mak, bawak diri sebab meluat hari hari tengok u. good bye Shah. semoga kita tak ada jodoh supaya kita tak berjumpa lagi. 

i hate u !!  benci benci benci shah alam


Tuesday, January 4, 2011

deep side under

tengok jam dah  pukul berapa?? i tak boleh lelapkan mata. ada perkara yang bermain dikepala, pusing pusing sama pusing dengan kepala i. i tak pernah buat entry jiwe loklah, sebab i bukan jenis yang layan perasaan lepastu tacing tacing  seorang diri..so-not-me

tapi malam ni, i dihadapkan dengan situasi yang berat, yang totally buat i mati akal. mungkin tuhan nak tunjuk pada i sesuatu yang i tak pernah hiraukan.

i bukan fikir pasal diri i seorang, tapi i pikir pasal orang lain yang sakit kerana i. she do sacrifice a lot. i tak tahu nak buat apa apa sekarang ni. kalau  ikut hati, i nk keluar dari situasi ni. tapi kalau ikut akal, i kena selesaikan benda ni kasi clear.

aihhh..

Monday, January 3, 2011

Dah boleh main dah??

Midterm i sudah habes..at last T_T 



setelah 2 minggu terkankang kangkang pura pura study, akhirnye tahu jugak exam ni untuk berakhir

jangan tanya i, 'boleh jawab ke tak?' sebab obviously i akan jawab tak , disebabkan dewan exam sejuk tahap lori hantar ais, most of my answer dipengaruhi oleh rasa ingin kencing. dah la exam kali ni i banyak main main, tak tahu la kenapa. bila time exam mesti rasa tak cukup tidur. walhal lebih banyak tidur dari study. humph

hari ni, exam dah habes. i akan mula merancang untuk mula berpoya poya. malam ni nekad nak tidur awal, esok nekad juga nak bangun tengah hari. mak mentua kalau rasa nak reject tu lantak kau lah.

bai, ni baru midterm. final belum lagi bai. tskkk mengalir air mata darah, terus tangan letak kat dahi pura pura pengsan




Saturday, January 1, 2011

i am cerewet

pernah tak orang offer u something and u refuse by saying 'eh, aku tak makan benda ni', walhal benda yang di offer sangat common..well i do :P
 i sangat particular when it come to term foods, bukan i mengada ngada..tetapi memang sejak zaman jaffar tonggek sampai tak tonggek. i 'cerewet'. yes, thats is the best word to describe my food choices

ok, this is a list yang i tak makan :

1 . Sayur . kecuali : salad, bayam (daun), kangkung(daun), kobis (nipis), kailan (daun)
2. lauk singgang , asam rebus
3. lauk yang ada bubuh nenas (tak masuk betul)
4. ikan bilis (kalau hancur, i tak nampak dalam jemput jemput tu boleh )
5. telur kuning yang direbus
6. telur rebus dari orang kawen
7. ikan kering @ ikan masin
8. cencalok (i rasa rugi tak suka benda ni)
9. budu (too masin la beb)
10. paru
11. hati, pedal dan sahabat sahabatnya

i berani taruh RM500 kalau orang boleh buat i makan benda benda di atas, especially no.1,4,9,10,11

gila mengada ngada tak nak makan. reason for not liking sayur adalah ' i rasa pening bila makan sayur'

ahaha.. pathetic kau hani.

reason for making this wasting-time-unwanted-better-not-knowing-entry adalah, supaya orang sedar yang i makan tak banyak. tetapi masih GEMOK



Katakan Tak Nak Pada Veggie 

Friday, December 31, 2010

Last Entry Dari Hani Nadia

Time flies so fast kan?? sampai tak sedar dah nak habis tahun 2010 dah. gila cepat betul masa bergerak. tup tap dah makin tua. hoi silalah berasa sedar diri semakin berumur, sebab i dah bertambah angka 1 di usia remaja i ni. 21..its okkk, just a number 

bila sebut 2011 dengan kawan kawan, terus memikirkan hal berikut :

eh kalau kawin tarikh 11.11.11 cantik gila kan nombor?

eh tapi kalau 20.11.2011 pon cantik jugak la

eh, ape pulakkk..1.1.11  la cantik..kepada kawan kawan, balik exam gi beli toto

dan tidak ketinggalan juga, bila sebut tahun baru, mesti  berazam dalam hati :

-nak berubah
-nak maju
-nak jadi lebih baik
and all the positive thingy

dan..masuk je hari kedua tahun baru, terus dah tak ingat dah yang diri pernah berazam -_- redha

so pape pun, selamat tahun baru untuk semua orang, dan harap korang dapat berazam 

"untuk klik button nuffnang belog ini selalu" 

dah klik ke?? tacing terus :')

bagi menutup tirai 2010, tatap la wajah ini dengan pasrah atas ketentua-Nya, mana tahu tahun depan dah takde?? hua2




I WISH U A VERY HAPPY NEW YEAR!!!