Saturday, January 22, 2011

i wish for...


ade sapa sapa nak belikan tak?? i am totally crazy over this 

kalau tak dapat yang ni..yang ni pon jadik la 





so camne?? 

siapa belikan dapat pahala menderma :)


Kelantan Trip - Part 2

Esok harinya, Sabtu. pagi pagi kami dah bersiap. macam biasa, sarapan di kedai kegemaran ramai. warung mak long. yes, ianya adalah warung tetapi sila jangan underestimate, sebab warung mak long ade mesin faks ok. luar  macam warung dalam  kalah opis Pm. bahaha..sekali lagi, tiada pose tepi kolam untuk mak long.

siap siap makan, kami pon gerak ke KB mall. kenapa pergi kb mall?? it just a mall la bro. bukan semua negeri pon ade ke?? yess.tapi cuba kau kawan dengan budak kelantan, komfem dorang akan selalu sebut kb mall.tak ke kau meronta nk tengok rupa sebenar kb mall??


ok..percayalah, ianya sama seperti mall mall lain. 


umi diba did a little bit of shopping


pose pose memalukan dari i


a typical fitting room shot

ok lepas dah pusing pusing kb mall, umi and diba bawa i pergi pantai sabak. so pantai ni dikenali sebagai tempat pertama jepun masuk time nk jajah tanah melayu. wehh sejarah i A ok. haha

lihat lah, betapa fresh dan awesomenya otak otak dan satar tersebut. 



biasa i makan otak otak kempas yang warna oren tu. rase memang tepung semata. tetapi, otak otak ni buat i rase ianya sangat yummylisious. rase ikan yang kaw kaw didatangi dengan tulang tulang ikan sekali. i give u three gold star pakcik for your delicious otak otak


muka bermegah kerana dapat makan makanan yang sedap




posing bikini




setelah puas berasa kagum pada otak otak dan satar , kami pon melepak ke rumah jiran tertangga sambil menikmati minuman teh wangi percuma. dapat la i kenal kenal orang kampung :')


i paling sihat, bertenaga dan berwajah exited ..ya..i seorang..hummmm


ini baby adam..sebut betul betul baby adommm

malamnya, ajis menunjukkan kesihatan yang baik. maka tiada lagi harus berkejar ke hospital. so family diba bawa i ke rumah pakcik beliau di   Bachok. umm rumah Mak Dor dan Pakda Nor. i memang datang sebab nak main dengan budak ni sebenarnye.

meet Muna!! ehh..budak di baru pandai jalan, maka..sangat susah nak dapat shot beliau yang statik




akhirnye T_T


dah dok berborak dengan isi rumah tu. tup tup dah tengah malam dah. so kami pon balik, rehat rehat untuk esok. 

to be continued...

Friday, January 21, 2011

Kelantan Trip - Part 1

Ambo baru kelik dari kelate nih, wehh la hommm..tok habes derak tehhh..acecehh, heboh gila berperangai begitu..seperti dijanjikan, i nak cerita la trip i ke kelantan wekeend lepas. disebabkan ianya merupakan 3days non stop cuci mata,  maka i terpaksa potong jadik 3 part mengikut hari. so, the upcoming part i akan update besok pulak.

flight i pagi pagi buta. berterima kasih lah i kepada abang farid selaku abang kesayangan diba sebab sanggup mamai mamai hantar kami ke lcct. terharu .






sampai je kelantan, umi diba bawa pergi makan makan kat kedai mak long. emm.. tak ada gambar plak. risau i kang i snap snap depan mak long die pose victoria becham. terkedu,

setel makan-makan, diba bawa i balik rumah beliau. kenal kenal. tukar baju 5 minit, then were off tu Pengkalan Kubor 






ok. ni kedai jual beg yang branded tapi barang siam. u tgk, beg i bawak itu beg siam Tod's. teka harge?  teka??
Rm600

*pengsan


beg coach ini, siam juga. harga?? RM500..hoi, baik aku beli yg ori la 


memandangkan satu kampung nak ikut berjalan, terpaksa jalan dua kereta. satu umi bawak, satu i terpaksa bawak. kereta-manual-aku-failed


see..yang i pura pura tunjuk itu siam. berenang katak dah boleh pergi oversea..ke overtheriver??

then..next stop adalah Rantau Panjang




beg lagii...



bapak letih. terembis peluh janton 


next stop : Masjid Cina


dibina dengan meniru sebijik masjid di cina



ni poyo jalan bawak tanah masjid ni. ok creepy sikit




ok dah letih dah, dari pagi turun flight terus berjalan sampai petang. i mengah. bila dah letih, dengan harapan malam nak rest macam diva kat rumah orang.

t.a.t.a.p.i



sebab banyak berjalan, adik adibah lelah. T_T



so tengah malam kena rush pergi hospital bawak budak ni gi kecemasan. &@&!#$%^

tahniah ajis. stamina orang tua. hahahahah. contohi kakak mu.


to be continued...

Its a tree..Its a frog..nooo..its hani!!

Ahbenci..ahbenci..Grrr..benciiiiiiiiiii.

dulu masa zaman sekolah, i adelah seorang ahli PBSM . ahli persatuan bulan sabit merah yang pasif. dah la dgn horrible looking of mine, kena pakai uniform putih.. time tu, i selalu sedapkan hati. "takpe..sabar..habis sekolah dah tak payah pakai dahh" . uniform pbsm i diwarisi sejak 3 generasi. kakak, abang dan i. of kos, sampai kat tgn i yang terakhir, rupa uniform agak sizen.  vintage.

i tak reti jaga baju putih. uniform pbsm i ade macam macam creatures. banyak stain stain yang kalau cuba teliti akan pelik dari manakah kemunculannya. ada water colour, ade minyak motor, ade percik sos kopok basah, ade percik kuah mee sebab tarik tinggi tinggi.

lepas sekolah i lega, pergi mati same itu uniform pbsm, i rase bebas. i boleh kontra warna hari hari tanpa kisah kotoran degil. tetapi, segala kebebsan i kecapi kini menemui jalan buntu.

i am now, an official kkm trainee with the white uniform. T_T

credit to syikin

mane i?? mane i?? berdebar debar..muka-bulat-kepala-bertongkat-dengan-tidak-rela itu i

blurghhh..lepasni, kalau nampak muka i pakat dok beli Clorox hari hari, jangan tanya kenapa la.

Thursday, January 20, 2011

kelantan trip tak tipu

betul. i memang nak update kelantan punya trip, but end up i rasa sakit jiwa sebab pic i upload jadi upside down. wtffff??  bikin panas anak wak nan niiii.. ehh. kenapa dia jadik terbalik terbalik?? dah rotate macam i terotate sekali pon still dia senget. blog aku ni ade saka ke ape

so. pleas. and pleas and pleas la blogger.com jangan buat hal dengan aku. ade makan kaki percuma nanti.

Thursday, January 13, 2011

Kelantammm

Aiceh, kenapa kau blogging?? bukan semalam dah heboh tak nak update ke?? wakaka . ala, assgment dah siap sepantas kilat la u. berkat i rajin YM dapat lah menaip laju siapkan assigment berbakul.


abibah, aku dah siapkan assgment dah ni..ye, aku nak packing barang la ni. 


well..people, im off  to kelantan tomorrow!!!  yeyyyy!! amboi amboi. suka cam cacat ye dia. sedarkah kau esok flight kau pukul 7.30 pagi??!!! nasib kau la pagi pagi buta dah merempat kt lcct tu. nasib kau. malang 


uhh, nanti i becok becok update trip i ni. heheh. ok, i know kelantan banjir like so teruk. tapi kan dah surut. mesti banyak barang murah. penghabisan stok barang lumpur T_T 


bon voyage :D





Wednesday, January 12, 2011

Lala kerjalah hani nadia

I betul betul sibuk lately, banyak sangat assignment yang i perlu siapkan. kalau lah i ada hamba, dah lama i sebat dengan ekor pari pakse beliau melakukan kerja i * niat dah terpesong, mana la tuhan nak bantu :' (

so here it is : 

hematologi klinikal : talasemia 

biokimia klinikal : penyakit jantung koronari  Checked!

mikrobiologi : havent got the title of the bacteria yet *yippie 

patologi : pneumonia 

semua kena submit by next week. pfftt

so, they might be lack of update after this. chop. ade orang kesah ke?? huahua





kak nab busy nyah.

Tuesday, January 11, 2011

15mm Geo Lens Xtra size

Lens i nak update adalah the latest one. fine, i know ini adalah personal belog. tak sesuai selit selit hal bisnes, tapi nak buat camno, carik makan. kahkah.  ok, untuk sesiapa yang selalu sangat tertarik dengan awek awek hot korea mate besau, boleh try lens yang i nak tunjuk. saiz 15mm yang mana membuatkan mata u nampak natural je besar dia, tak ada la nampak macam mata u juling utara-selatan kan.

contact lens adalah sangat In sekarang ni, siapa orang cool yang tak pakai lens?? semua pakai. so kalau u nak rasa cool, come on. try one. tak mahal. paling penting ia tahan sehingga 1 TAHUN!!!

untuk lens lens lain, boleh tengok disini GEO LENS


detailed dibawah setiap gambar yang i tunjuk :



*sila klik gambar untuk view bapak besar

Xtra DIA 15mm Price RM 36/Pair
Only WBS202,WBS204 dan WBS205  Power 0.00 - 6.00.
 Models/Series lain  Plano (0.00) sahaja








Berry Holic / Bonita Lens / - ( Plano sahaja)
* Bella Special BS201 , BS203  Plano (0.00) sahaja!
BS202, BS204, BS205 available power 0.00 - 8.00




















kalau u berminat, boleh email i 

hani_nadia@yahoo.com

segala butiran dan perkara yang perlu akan i beritahu nanti ok :)

happy shopping!!!