Monday, February 21, 2011

Pesta Layang layang sodihhhh

I baru je balik dari kampung. tujuan asal pulang ke kampung sebenarnya sebab nak buat red velvet cake, but then semua berubah bila dapat tahu di negeri kecintaan buat pesta layang layang. kami satu family memang obses dengan benda ni, dari kecik lagi mak ayah dah bawak pergi pesta layang layang ni, so memang sampai ke besar jadi gian nak pergi.

tapi dh lama jugak la i tak pergi, last masa 2007 dulu. sedih gila.

back then in 2007 pesta layang layang :




mase nih, banyak gila ok layang layang.. and of koss i antara yang tak ketinggalan, layang layang yang professional main semua dasat dasat, stok yang masa kecik ayah i selalu kelentong
' layang layang warna warni yang besar tu nanti nadia boleh naik sekali terbang'
T_T obvious gila menipu



ini stunt kite ayah, ni yang 2nd stunt kite, yang 1st dah jahanammmm..cool ok stunt kite ni, sebab bila kita terbangkan die nanti dia keluar bunyi macam ala ala jet gitu..yang ni kena kontrol 2 tangan


tapi..ini 2011 punya pesta layang layang ::

sudah la hujan, kite pon berat. haram la nak naik.




diorang siap ada even 3000 layang layang naik serentak, kononnya nak cipta rekod lah. dah kalau padang tu kecik nak naik 3000..alamat berpintal jela bayak.



ni layang layang johor corp. siap guna kren. gila besa




disebabkan hujan dan disebabkan kawasan ditutup untuk umum, anak beranak ni berkumpul la ha sekelompok


sila bandingkan saiz 2007..soalan teka teki : Berapakah Bilangan Kilo Bertambah??



ok, walaupun sodih tidak dapat beraksi di padang dengan layang layang, kami tetap put on a happy face sebab puas dapat gelakkan budak budak lari main layang layang. harap tahun depan dapat main ah layang layang. 

Friday, February 18, 2011

Hiatus

I akan berhibernasi selama 4 hari atau lebih..biasalah orang penting kan busy gitu. sekarang pon i dah sibuk nak final, so memang maut kalau asik layan beruk ni.. 

soalan kepada diri sendiri :  Motip kau Update begini??

jawapan oleh diri sendiri : I kan GG 



Gile Glamer..ade aku kesahhhhhh??? cak..cakkk...cakkk

ok, bagi mengelakkan rasa rindu yang mencengkam para stalker, jamulah wajah sejambak-bunga-tahi-ayam-kucium


Sunday, February 13, 2011

Red Velvet Cake..

seriously..im craving for this..mengidam gila ni, tolong lah. im begging..



tak de ke red velvet cake sekitar shah alam yang tak payah tempah??? eh??


im meltingggggggggg

Saturday, February 12, 2011

Pameran Pengantin plus Bijou Bazaar

Memandangkan dah lama tak cuci mata serta membuang masa, i decide untuk bawak sahabat sebantal pergi jalan jalan shah alam. ok, redha je shah alam tak de hiburan 

tapi thanks tu my sistah sebab inform i yang hari ni ade bijou bazaar dekat dataran shah alam. memang ajaib habes tiba tiba shah alam buat event macam ni, biasa dorang buat kat subang atau kl je. maka, i yang umpama duduk bawah katak yang duduk bawah tempurung ni begitu teruja lah nak pegi kan. so, enjoy sahaja gambar gambar i yang diva ni



mulakan dengan senyuman miss malaysia

ohh..disebabkan tabiat skema i, event start pukul 5..i dah ade kat situ pukul 3..tahniah hani..tahniah..untuk membuang masa (tujuan utama), i pon pergi lah menyibuk nyibuk ke pameran pengantin kat dewan  SACC  tu


datang sebab nak paper bag


time aku nak posing posing ni la kau nak lalu kannn


siap ade model duduk pose ayu kat situ..promote baju katanya..ye kan jela



jiwa kacau betul pergi event macam ni


jiwa kacau makin meronta ronta


oh, siap ada fashion show. stok pengacara mulut laser habes sambil mengaku sahabat baik kepada rizalman..yada yada



ok, misi tercapai nak paper bag. 


memandangkan usaha buang masa i hanya beberapa minit, maka buang lagi masa dengan pose pose lucah tepi kolam












pura pura belek plok




selonggok singgit..selonggok singgit!!


ok..dah puas pura pura posing, smiling dan menjadi begitu peramah..i pon bawak sahabat sebantal pulang. udoh udoh le tu syg..mike takde duit..ateee jiwa kacau hari ni

till then..oh, kalau siapa siapa tahu ape event best yang ada kat shah alam  ni, roger la i ye.

I.M.I.S.S.H.E.R




Friday, February 11, 2011

Visit OBB

i met jezmine at Old Blossom Box Store!!!


hoi...kecam jangan tak kecam..tak fashionista langsung pakai uniform..blurghhhh

so..we had a little bit chit chat on her trip to jakarta..thanks god malam sebelum tu dah study sikit sikit on current fashion thingy..bersyukur


pose cute wakaka


of k0ss i tak pergi sorang sorang..bawak rombongan katanya


ok..pehni kena datang lagi TANPA uniform..shameless on me..

dan..datang dengan D.U.I.T..kalo setakat beli tali pinggang..mimpi nak dapat paper bag OBB ok..

Thursday, February 10, 2011

Wednesday, February 9, 2011

Jejak kasih

Bila kali terakhir jumpa kawan duduk sebelah masa sekolah??

5 tahun yang lepas

bila mahu jumpa kawan kawan lama??

wallahualam..


but then..

beberapa minggu lepas, akhirnya i dapat jumpa jugak kawan sekolah i dulu. jumpa tu, pakat tak ingat apa terus bukak table. cerita pom pang pom pang..habes story bekalan disimpan bertahun tahun semua bukakkkk...tak hengat dah orang kiri kanan..memang stok jejak kasih habes T_T

tapi sayang, dapat bergebang sekejap je..pehtu dah bla dah..hoi nekmah..hutang aku tiket train singgit..bahah

so, bila mau jejak kasih lagi rakan rakan??



Tuesday, February 8, 2011

Motivasi Dato fadzilah come to me

Hari ni, i nak bagi motivasi. actually i dapat daripada kawan i, dia membebel bagai nak rak dan berjaya memberi kesan yang mendalam kepada i. so i was thinking, why not i share this to my dear readers la. *if i have one *

apa misi hidup kita?? balik balik mesti fikir jangka masa pendek. nak ada degree, master, phd..yada..yada..tapi ape perancangan kita?? sejauh mana kita nak pergi dengan kelulusan kita??. kalau ikut pada misi hidup i yang simple, i pikir lepas belajar ni kerja lepastu sambung balik belajar. tapi, hakikatnya banyak lagi yang perlu kita lakukan sepanjang perjalanan hidup kita ni.

jadi, ini yang i cuba sampaikan. sebelum korang fikir lebih jauh dengan angan angan nak mengelilingi dunia serta menunaikan haji, mari i bagi uolls semua 5 perkara penting yang u mesti ikut untuk membawa diri u ke bahagian 'kejayaan' dalam hidup u 

PERTAMA : dapatkan kerja yang stabil

KEDUA : balas jasa ibu dan ayah

KETIGA : pentingkan diri sendiri

KEEMPAT : kumpul aset sendiri

KELIMA : ketepikan semua perkara yang mampu menghalang misi hidup kita 


5 kunci ni, cukup untuk membuat uoll capai ape yang uoll perlu lakukan dalam hidup uoll. pastikan yang 5 diatas terlaksana, baru lah fikir benda benda nonsense lain.  setiap 5 kunci yang i bagi ni, uoll fikir dalam dalam setiap satunya, sehingga ia membawa kesedaran kepada uolls. be a grown man. jangan buang sisa sisa hidup uoll ke arah yang tak berguna. aim sesuatu. contohnya : 'by the age of 25, i mesti ada simpanan RM10K'  .

untuk bahagian yang pentingkan diri sendiri tu plok, uoll jangan la membuat andaian camnyeharam mengatakan i mengajar jadi manusia annoying yang mementingkan diri, maksud i disini ialah, 'kadang kadang kita kena jadi pentingkan diri untuk kebaikan sendiri' . contoh : u nak berniaga, tapi kerana u ni nak tolong orang sangat, u berhabis tenaga, masa, meredah hujan, sakit demi memastikan customer u yang seorang itu berpuas hati, sedangkan hasil yang u dapat tak setimpal'  . get it??

terpulang macam mana cara u mendalami bebelan i ini. setiap individu itu pemikirannya berbeza, cuma pastikan apa yang u misikan atau yang u aim kan itu membawa kebaikan kepada diri u dan orang keliling u. ok?? 

dah, cukup lah bebelan dato pada  pagi ini. ingatttt.untuk menjadi insan yang cemerlang, mesti ada akal yang bijak, hati yang tenang barulah impian kita menjadi sempurna *tiba tiba

Monday, February 7, 2011

Ila engagement day

Who the hecknya ila?? she is my sistah..ingat lagi entry 'kenapa i yang exited'??? of kos orang lebih rela ingat entry hamis jalikha daripada entry aku..ohh, so my sistah baru sahaja melangsungkan pertunangan beliau 29 januari 2011. lambat gila update kan. sori kakak.so, enjoy the picture :D


hand bouquet yang hand made by pak din. good job bradahh





i jelita, kekdah my kakak, ila dan ibu kecintaan kegemaran ramai


sesi..'ingin memetik bunga ditaman' ececehhh



candy buffet



cousin ku dR. rozmey


itu pakdin. anda berkenan?? taip ON PAKDIN



dan ini dia. ehem..ehemm..amek gambar jarak jarak kununnn

ok. event berjalan dengan baik walaupon hujan lebat jah oi. aktiviti makan tetap terlaksana. terima kasih untuk semua yang memeriahkan majlis. juga kepada orang rewang cik enon, cik midah, cik rapidah bla..bla..bla..

in another 2 years..tunggu i hupdate dorang ni kahwin plak..