Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulilah.

Again the final result of the previous semester is out..alhamdulilah, i got 4.00..seriously, no tips..haha

Thursday, April 7, 2011

Saya bukan Staff la bai

siang tadi di klinik kesihatan shah alam :

'Emm kat mane nak ambil nombor?'

i tengok diri i..oh i pakai uniform dan name tag kementerian..mamat ni kompen ingat aku staff sini..kencing jela

'awk nak mendaftar pesakit luar ke?, ini pertama kali?..ok, awk boleh pergi dekat sana.'

mamat tu pon bla..

tiba tiba datang lagi seorang pesakit

'saya nak timbang berat saya' *sambil berdiri depan mesin penimbang automatik*

sah..lelaki ni ingat i staff situ jugak..

'ok,tunggu sekejap' (nasib baik sebelum tu dah godam mesin penimbang bila staff situ pegi makan)

'ok, lepas saya tekan button hijau ni..tunggu sampai mesin ni zero. nanti saya suruh naik, awak boleh naik'

lepas dia naik..berat dia menunjukkan '75kg'

dia pandang i..terus buat gaya YESSSS!!!  motip??

ni la bahana pergi klinik @ hospital dengan pakai uniform ala ala nurse walaupon hakikatnye, kau adalah pesakit..*pitamm


Sunday, April 3, 2011

Sugar Glider!!!

Sorry for a suck ass long hiatus from me..not in a very good mood of blogging i think. plus, i though i wanna do a lil bit of renovation on my blog like something more into be a Dot com, but end up i 'melepaskan batuk ditangga' bahahaha..ok ok..move on..

memandangkan tiada mood untuk update, i hampir give up dengan blongging. tetapi tiba tiba kawan i balik rumah dan ...'korang, kite ade mainan baru'  ..dan bila i toleh..ITS SUGAR GLIDER!!!!!








sugar glider uber cute!! sumpah..i terus jatuh hati dan feeling feeling ade chemistry lepas main dengan dia untuk 5 minit. SG sangat manja ok, aktif and comel!!!! kalau u takut, dia akan takut dengan u. tapi kalau u belai belai dia and relax bila pegang dia, dia akan suka dengan u. 

ohh..im in love with sugar glider..btw, sg ni bukan i punya. kawan kepada kawan i yang punya, so dapat main kejap je. kalau u oll ade yang berminat boleh je inform i and i akan tolong u dapatkan u punya sugar glider :)  

Tuesday, March 29, 2011

Im a Forever 21

Berbakul Terima kasih pada sahabat sahabat kecintaan untuk bithday i yang ke-21..time ni, masih tidak malu untuk show off umur, tengok la kang cecah 40-an terus tak nak tulis yang keberapa..bahah..oh, by the way celebration ini biasa sahaja, kau ingat aku paris hilton ke hape nak sambut kat london paris segala?? orang ingat besday kau dah kira bagus :P


pada awalnya, i langsung tak terhidu apa apa niat mereka ini..sehingga i sendiri ternampak mereka ini berusaha untuk sorok sorokkan kek dari pengetahuan i dan menggunakan suprise yang tipikal. pleas la weh, lepas ni boleh guna tektik lain dah..haha

walaupun sudah bersedia untuk disuprisekan, still i sangat teruja dan begitu exited bila tengok muka muka ini berdiri depan pintu dalam gelap sambil nyanyi 'happy birthday to youu.....'

















gosh, im gonna miss them..tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak duduk sini..i love u bebeh!!\

p/s : sori yek, pic pic lain tidak dapat dipaparkan atas dasar sifat seperti beruks selepas memotong kek :)


Thanks!!

terima kasih untuk semua birthday wishes!! terima kasih girlfriends for the suprise birthday party yang dah tak suprise..tremendous love to all of u..god knows how much i love  u :')

 

Monday, March 28, 2011

Lucky 2011

i copy dari kawan chinese i..


'tahun ini, kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11 , 11/1/11 , 11/11/11. serta bukan itu sahaja, cuba ambil dua nombor terakhir tahun kelahiran kita dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. keputusannya ialah 111. ini ialah tahun kekayaan..!!. pada bulan oktober nanti akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu, ini hanya terjadi sekali setiap 823tahun. tahun seperti ini dikenali sebagai 'BEG KEKAYAAN' '



Sunday, March 27, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain


Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, March 26, 2011

ScribeFire

Berapa banyak blog yang u ada? 2? 3? 1? ..leceh tak kalau nak sing in satu satu each time nak merepek dekat blog u yang berbeza..dan juga, leceh tak bila ada satu blog, dan setiap kali nak buat new post kena bukak main blog dulu. so sini, i nak share cara lebiih mudah dan berkesan mengikut teknik jakun kakak manis .

i baru je jumpa benda ni, i tahu i sangat last year. maybe ramai yang dah tahu, tapi takpelah, i share jela.

i merupakan pengguna setia Google Chrome, ada setengah suka Mozilla dan juga Internet Explore. salah satu sebab kenapa i suka chrome sebab dia punya design yang lebih urban dan juga lebih mudah. Application yang i nak cerita ni juga dari google chrome iaitu dari Chrome web store.





u klik situ, dan u akan nampak berpuluh puluh application baru yang sangat awesome. tak percaya?  pergi cekidout sendiri :)


sebagai blogger, app ScribeFire ni memang memudahkan gila. bila kak senduk guna app ni mesti dia update setiap hari .u boleh klik  je nak edit post dengan pilih post mana u nak dan u boleh ubah ke blog lain dengan mudah dengan klik je pilih blog mana tanpa perlu sing in dan sign out. tak paham? i pon tak paham..haha..pergi check sendiri la..anak manje ni nak kena sepak yaa..^_^






selain dari ScribeFire ni, ada banyak lagi app menarik u boleh try dan ianya FREE!! hah..awak kaki subsidi, dengar free terus teruja. yesss its free yall..walaupun beruk i lembap, still i boleh download dengan sepantas kilat..zussss! wah sound efek gituww..antara app menarik i dah cuba macam Feedly , Google Mail Checker ,Stickies dan banyak lagi..next time i update cerita yang lain pula ya..bertemu lagi kita pada hari dan waktu yang sama dalammmmmm..ok baik i stop sebelum i meraban..daaa