Thursday, May 5, 2011

Lab Race 2011

Minggu lepas, i participate Lab Race yang SHS buat. secara ringkas tanpa mukaddimah berjela, lab race ni macam amazing race la. yang tak amazingnye kena berlari lari ala meroyan dari shah alam ke putrajaya. hah, tgamak tak? tgamak tak? ok..over, semua studentn shs kena join. tiada pengecualian walaupun anda obese.

bermula dengan starting poin kitorang dekat kolej, i as team lead terus koyak sampul dengan rakus nak bace klu. damn! sebelah kolej je checkpoint kau..kecoh. ok, 1st task kena jawab soalan sitologi dalam masa 30minit dengan 40soalan. can someone kill me now??

setel task 1, terus amek klu dan i merempit ke stesen KTM Batu Tiga. anoying gila sebab that day kitorang kena pakai lab coat segala. bila ramai ramai naik motor keluar kolej dengan kot makmal, kami saling tak tumpah macam orang mental lari wad. serius -__-

task annoying yang kitorang wajibulngunnah kena buat ialah 'MENGAMBIL GAMBAR BERSAMA PENUMPANG LAIN'..anoyying sangat..ok, jujur muka ceria itu sangat fake, tapi abang dalam gambar tu kot ye pon menyampah senyum ah sikit bro.


task kedua sampai kat kl central, kitorang kena cari ptpl@sentral. sampai tu kena la bergasak dengan 54 group yang lain. nak tau tasknye ape yang sampai kena berhimpit segala tu??  'sila buat telur itu tak timbul, tak tenggelam dalam cawan isi air ni' ..of kos, i failed..dan atas budi bicara serta sedikit bodek, kami lepas. ohh thanks kakak baju purple :') 

terus kami kena naik ERL ke putrajaya. 1st time naik erl, kau ade? 

penumpang malang no.2

sampai je putrajaya, task kami ialah mendaki bukit kat putrajaya. i tak ingat nama dia ape, sebab macam kompleks sangat nak ingat. yes, kami kena daki bukit yang tinggi sebebau tu..cesss banyak lemak kena bakar, sayang tau lemak belaan.




ini rupanya rupa puncak bukit itu. sila jangan tertipu dengan wajah ceria i. itu wajah sorok mengah

sampai kat atas, task kami ialah bermain Sudoku T_T  

proceed ke task seterusnya, kami kena pergi Taman Warisan Pertanian Putrajaya. naik bas entah ape ape, terus sampai sana. task kat situ paling mencabar sebab i kena amek darah orang awam and buat glucose test serta tekanan darah. alhamduliah i buat dengan horrible membuatkan i dapat 4/5. 

next klu ialah 'S.O.U.Q'

mampuih ape itu souq..i tanya sorang kakak ni..dia jawab ' souq tak tahu la, zouk tahu lah.'  kak, kot ye pon kau sosial, tak payah tunjuk boleh.

ok, tanya kat kaunter information baru tahu, itu ialah pasar dekat bawah masjid putra. i dapat tau terus ajak team lain naik bas sekali. sampai sane, kena jalan kaki jauh gila. dengan hausnye, siap halusinasi ais krim coneto akim dan stacy tau on da way nak ke souq..ahh merepek 

sampai sane, task kami ialah MAKAN




i hate heart putrajaya lab race 

proceed ke tast seterusnya ialah, kami kena berjalan dalam 10km ke dataran putrajaya and jugak taman bunga raya..tasknye?? mengambil gambar dengan jambatan putrajaya serta mengambil gambar team member dengan bunga raya. syaratnye, mesti nampak kepala sahaja. fine fine, annoying u can shut up now


setel task, kami berlari meroyan dapatkan bas pegi balik putra central-kl central-batu tiga ktm-ptpl..


penumpang terakhir, dan juga i anugerahkan sebagai 'Johan Penumpang Ceria Terlampau'..kami penat, dan beliau begitu talkative..tak layan kang kecik ati,,angguk angguk jela..

sampai je kolej, kami terus gather semua team untuk penyampaian hadiah, atas segala penat lelah, lemak lemak terbakar, panas yang mencakar dan usaha gigih kami berempat. kami dapat la tempat ke-4 out of 55 group. kira awesome la kan? wahahaha..ok terus sayang lab race :')  












Saturday, April 23, 2011

Theater 2011

terjawab lah persoalan kenapa i sangat banyak menhiatuskan diri, no i bukan hibernate tapi sibuk dengan kerja kerja merepek kolej, sekarang dah selesai satu task iaitu english theater. being a group leader ain't easy, people ask u and people are depending on u all the time. walaupun kena tonsil dan suara i persis ramli sarip i tetap gagahkan diri untuk direct theater ni. thank god i have the most awesome group members. semuanya hebat hebat, sangat senang diarah untuk berlakon and the best part mereka semua sangat sporting baik dari brain storming mahupun lakonan. u are awesome!!

Allah saja tahu betapa i sayangkan mereka :') 



i = narrator , adibah = dwarft





witch 


maid


afifah = prince *jantan tak misai dan janggut itu, hasil seni tangan maskulin i 


doremon!!


princess ni dah iras hantu kak limah dah i tengok








next would be another busy day..till then bebeh..

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulilah.

Again the final result of the previous semester is out..alhamdulilah, i got 4.00..seriously, no tips..haha

Thursday, April 7, 2011

Saya bukan Staff la bai

siang tadi di klinik kesihatan shah alam :

'Emm kat mane nak ambil nombor?'

i tengok diri i..oh i pakai uniform dan name tag kementerian..mamat ni kompen ingat aku staff sini..kencing jela

'awk nak mendaftar pesakit luar ke?, ini pertama kali?..ok, awk boleh pergi dekat sana.'

mamat tu pon bla..

tiba tiba datang lagi seorang pesakit

'saya nak timbang berat saya' *sambil berdiri depan mesin penimbang automatik*

sah..lelaki ni ingat i staff situ jugak..

'ok,tunggu sekejap' (nasib baik sebelum tu dah godam mesin penimbang bila staff situ pegi makan)

'ok, lepas saya tekan button hijau ni..tunggu sampai mesin ni zero. nanti saya suruh naik, awak boleh naik'

lepas dia naik..berat dia menunjukkan '75kg'

dia pandang i..terus buat gaya YESSSS!!!  motip??

ni la bahana pergi klinik @ hospital dengan pakai uniform ala ala nurse walaupon hakikatnye, kau adalah pesakit..*pitamm


Sunday, April 3, 2011

Sugar Glider!!!

Sorry for a suck ass long hiatus from me..not in a very good mood of blogging i think. plus, i though i wanna do a lil bit of renovation on my blog like something more into be a Dot com, but end up i 'melepaskan batuk ditangga' bahahaha..ok ok..move on..

memandangkan tiada mood untuk update, i hampir give up dengan blongging. tetapi tiba tiba kawan i balik rumah dan ...'korang, kite ade mainan baru'  ..dan bila i toleh..ITS SUGAR GLIDER!!!!!








sugar glider uber cute!! sumpah..i terus jatuh hati dan feeling feeling ade chemistry lepas main dengan dia untuk 5 minit. SG sangat manja ok, aktif and comel!!!! kalau u takut, dia akan takut dengan u. tapi kalau u belai belai dia and relax bila pegang dia, dia akan suka dengan u. 

ohh..im in love with sugar glider..btw, sg ni bukan i punya. kawan kepada kawan i yang punya, so dapat main kejap je. kalau u oll ade yang berminat boleh je inform i and i akan tolong u dapatkan u punya sugar glider :)  

Tuesday, March 29, 2011

Im a Forever 21

Berbakul Terima kasih pada sahabat sahabat kecintaan untuk bithday i yang ke-21..time ni, masih tidak malu untuk show off umur, tengok la kang cecah 40-an terus tak nak tulis yang keberapa..bahah..oh, by the way celebration ini biasa sahaja, kau ingat aku paris hilton ke hape nak sambut kat london paris segala?? orang ingat besday kau dah kira bagus :P


pada awalnya, i langsung tak terhidu apa apa niat mereka ini..sehingga i sendiri ternampak mereka ini berusaha untuk sorok sorokkan kek dari pengetahuan i dan menggunakan suprise yang tipikal. pleas la weh, lepas ni boleh guna tektik lain dah..haha

walaupun sudah bersedia untuk disuprisekan, still i sangat teruja dan begitu exited bila tengok muka muka ini berdiri depan pintu dalam gelap sambil nyanyi 'happy birthday to youu.....'

















gosh, im gonna miss them..tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak duduk sini..i love u bebeh!!\

p/s : sori yek, pic pic lain tidak dapat dipaparkan atas dasar sifat seperti beruks selepas memotong kek :)


Thanks!!

terima kasih untuk semua birthday wishes!! terima kasih girlfriends for the suprise birthday party yang dah tak suprise..tremendous love to all of u..god knows how much i love  u :')

 

Monday, March 28, 2011

Lucky 2011

i copy dari kawan chinese i..


'tahun ini, kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11 , 11/1/11 , 11/11/11. serta bukan itu sahaja, cuba ambil dua nombor terakhir tahun kelahiran kita dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. keputusannya ialah 111. ini ialah tahun kekayaan..!!. pada bulan oktober nanti akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu, ini hanya terjadi sekali setiap 823tahun. tahun seperti ini dikenali sebagai 'BEG KEKAYAAN' '