Saturday, January 1, 2011

i am cerewet

pernah tak orang offer u something and u refuse by saying 'eh, aku tak makan benda ni', walhal benda yang di offer sangat common..well i do :P
 i sangat particular when it come to term foods, bukan i mengada ngada..tetapi memang sejak zaman jaffar tonggek sampai tak tonggek. i 'cerewet'. yes, thats is the best word to describe my food choices

ok, this is a list yang i tak makan :

1 . Sayur . kecuali : salad, bayam (daun), kangkung(daun), kobis (nipis), kailan (daun)
2. lauk singgang , asam rebus
3. lauk yang ada bubuh nenas (tak masuk betul)
4. ikan bilis (kalau hancur, i tak nampak dalam jemput jemput tu boleh )
5. telur kuning yang direbus
6. telur rebus dari orang kawen
7. ikan kering @ ikan masin
8. cencalok (i rasa rugi tak suka benda ni)
9. budu (too masin la beb)
10. paru
11. hati, pedal dan sahabat sahabatnya

i berani taruh RM500 kalau orang boleh buat i makan benda benda di atas, especially no.1,4,9,10,11

gila mengada ngada tak nak makan. reason for not liking sayur adalah ' i rasa pening bila makan sayur'

ahaha.. pathetic kau hani.

reason for making this wasting-time-unwanted-better-not-knowing-entry adalah, supaya orang sedar yang i makan tak banyak. tetapi masih GEMOK



Katakan Tak Nak Pada Veggie 

Friday, December 31, 2010

Last Entry Dari Hani Nadia

Time flies so fast kan?? sampai tak sedar dah nak habis tahun 2010 dah. gila cepat betul masa bergerak. tup tap dah makin tua. hoi silalah berasa sedar diri semakin berumur, sebab i dah bertambah angka 1 di usia remaja i ni. 21..its okkk, just a number 

bila sebut 2011 dengan kawan kawan, terus memikirkan hal berikut :

eh kalau kawin tarikh 11.11.11 cantik gila kan nombor?

eh tapi kalau 20.11.2011 pon cantik jugak la

eh, ape pulakkk..1.1.11  la cantik..kepada kawan kawan, balik exam gi beli toto

dan tidak ketinggalan juga, bila sebut tahun baru, mesti  berazam dalam hati :

-nak berubah
-nak maju
-nak jadi lebih baik
and all the positive thingy

dan..masuk je hari kedua tahun baru, terus dah tak ingat dah yang diri pernah berazam -_- redha

so pape pun, selamat tahun baru untuk semua orang, dan harap korang dapat berazam 

"untuk klik button nuffnang belog ini selalu" 

dah klik ke?? tacing terus :')

bagi menutup tirai 2010, tatap la wajah ini dengan pasrah atas ketentua-Nya, mana tahu tahun depan dah takde?? hua2




I WISH U A VERY HAPPY NEW YEAR!!! 


Thursday, December 30, 2010

Entry Balasan Untuk kakak kakak dan abang kecintaan

Terima kasih untuk entry berikut

adik kesayangan mu ini sedang exam yang tidak berkesudahan

walhal kalian sedang seronok berjimba dengan kuku metalik biru

wehhhh..takpe, takpe..tengok ah nanti..

tengokkk ahhhhhh...*kibas rambut

*letak jari kat punggung

*pssssssss

Friday, December 24, 2010

Apa ada pada NAMA??

sekejap sahaja mahu membebel, harap tak dendam rasa nak pukul 


hoi orang kampung, i baru sahaja berasa jakun kerana baru tergerak hati nak google maksud nama sendiri..mak ampuni anakmu 


HANI : YANG GEMBIRA, TENANG, MUDAH


NADIA @ NADIAH : PEMBAWA KESETIAAN (kenapa tiba tiba kau sukahati bubuh H hujung nama kau?? sebab kalau ikut tulisan arab nama nadia memang jadi nadiah, got it?)


wuooooo..semua jakun, jakun


terus nak google nama sendiri. ala intenet slow..emo emo


peerghhh..tak sangka i adalah seorang pembawa kesetiaan. memang tabik kat diri sendiri kerana tenang juga *hakikat adalah sangat vice versa dengan maksud tenang T_T

Thursday, December 23, 2010

Blogshop review

Dalam sibuk sibuk  nak midsem ni sempat pulak budak gemok ni nak update belog, walhal sudah nekad serahkan berukband kepada diba supaya menjauhkan diri dari bergelumang dengan blogging..tapi tidak berjaya -_-


ala..i bukan nak update ape, i nak review blog orang kat sini..ala  *masih kau berdalih


ok, serius serius..intro mengarut tak diperlukan disini hani ..fokus utama NAK REVIEW BLOG 


Blogshop yang i nak review adalah The VixevVine





of course la i dah pernah purchase stuff dari belog ni, kalau tidak takde la aku mengriviewnye,  so setakat ni i dah beli kasut ni dan beg ni 









sila abaikan props yang nyaman dibelakang, abaikan juga lopak babi bergomol sebelah i

FOKUS BEG BALENCIAGA LARIAT 

i suka purchase barang dari vixenvine, harganya lagi murah dari retail price, most of the item yang dijual adalah brand new dan preloved. bag i beli ni brand new ya *kelip kelip

vixenvine adalah satu blogshop yang sedang berusaha mendapat tempat dihati blogshopper, item yang dijual mostly adalah branded stuff macam Benefit, Forever 21, La Senza, Esprit dan banyak lagi bro

ok, ini adalah antara barang barang lain yang vixen vive jual :






setiap barang akan ada description di bawah, so ini memudahkan u untuk tahu sepenuhnya tentang barang yang u bakal order, dan kalau masih tidak berpuas hati, u boleh email dan tanya beliau personally.
selain dari baju, beg  , kasut dan seluar, vixenvine juga menjual makeup stuff dan accercories. oh i lupa, apa yang menariknya tentang blogshop ini adalah ownernye. u boleh negotiate dengan beliau or should i call her sabrina, she is a super cute girl yang akan beri servis terbaik untuk pelanggan. so far, i berpuas hati dengan COD.. barang hantar depan rumah, siapa tak terharu.





dan..dan..ada lagi..FREE POSTAGE IF PAID WITHIN 24 HOUR!!!

hah siapa nak bagi free postage senang senang?? fikirkan . tiba tiba

dalam banyak banyak purchase barang online, vixenvine adalah yang terbaik, u boleh share pendapat u dengan sabrina dan u boleh bagitau apa yang u nak and beliau akan carikan untuk u..awesome kan?? 

so apa u tunggu lagi?? jadi FOLLOWER  untuk vixenvine. mana tahu kalau ada promotion first 100 followers boleh dapat special price :D 

selamat mencuci mata gurls!!

Tuesday, December 21, 2010

Geng geng berglelinjang FOR SALE (Y.E.S)

Bila unjung unjung tahun ni, meriah Year End Sale, dan i tidak ketinggalan..of kos :D


i juga ada 'barang'  untuk dijual, jika berkenan sila drop komen tanpa segan


ciri ciri item di bawah setiap gambar :


sponsored by : hani nadia







KIRI :
ciri ciri 
-super high maintenance
- datin wannabe
-bersaiz mini
- yang nak ni, body wajib katang (taf &perut berketak)

AVAILABLE
dancing entertainment Not Include ( sold separately )



ciri ciri :
-ketinggian model 
-high maintenance
-nak yang ni kena pas test imam muda

SOLD







ciri ciri :
  - KKK (kecik kurus kus semangat)
- high demand
- kadar blurr ditahap kritikal

AVAILABLE



KIRI :
ciri ciri 
- comel dan bersaiz mini
- high maintenance dan demand
-kipas susah mati yuna 

AVAILABLE



KIRI :
 ciri ciri
- manja manja ooh lala
- ceti bertauliah
- baik hati 

*highly recommended 

AVAILABLE


KANAN :
ciri ciri
- mek klate sejati
- high maintenance
- kacak adalah kriteria penting :P
-kaki karoke 

* highly recommended 
AVAILABLE



MAK AYAM

ciri ciri :
- hanya membela anak ikan
muahahahaaha

i made this for fun..jangan ada yang bijak bestari buat tempahan serius dengan i..kalau ada, u golongan wajib kahwin 








Friday, December 17, 2010

Beli Online? kenapa masih ragu??

aloh aloh..tajuk entry i macam nak promote Dr.Jism. tiba tiba. 

i selalu purchase barang secara online. sebab?? murah, cantik dan kadang kadang benda belum keluar dah ade dah kat blogshop. name it, apa u nak? klik klik klik..dah dapat dah

ramai mengomel kecoh  kecoh 'beli online leceh la, beli online banyak hal la..yada yada yada' ..jawapan?? sebab u belum cuba. lol

so hari ini i nak bagi step or should i call it tips juga?? u boleh ikut this procedure bila u beli barang online nanti..and kalau u tak berani lagi, i dengan rela hati boleh bagi private conversation dengan u. baik kan i? baikkkk  boleh saja email i hani_nadia@yahoo.com gila glamernye kau hani

lets get it  started !! 

so, u tengah blog walking dengan niat dihati nak stalk belog belog meriah. tiba tiba, u terberhenti dekat 1 blogshop ni jual preloved item seluar jeans esprit RM35!! berderau darah naik ke otak..hati berdebar debar..jiwa meracau racau..dalam hati 'esprit 35 hengget!! kau gila..mesti rembat!!' 


tapi u tak berani, betul ke ni?? tak leceh ke nanti?? bila barang nak sampai?? nak bayar macam mane?? aihh..julingg mata kalau asik dok pikir macam ni..chill ..all u need to do, u cuma perlu tanya orang yang jual tu via email ..u boleh start dengan ini 



'hello, i want to know if the esprit jeans is still available??'

ok..thats all. cukup. nokhtah. tak payah sambung panjang panjang tanye biodata

bila owner tu dah reply dan cakap seluar tu still available. u boleh proceed dengan begini 



'i want the jeans, can u reserve it for me?' atau u boleh terus deal untuk beli 

' i want the jeans, how much should i pay?' 

biasanya selepas itu owner akan bagi jumlah bayaran dan no akaun dia..ikut la CIMB ke, MAYBANK ke..dan pastikan u bagi alamat rumah u kalau u tak bagi, nak suruh dia pos kat mana?? pos balik rumah dia ke?

lepastu u pun buat bayaran ikut pada berapa jumlah harga seluar yang u dah deal dengan owner. 

next step sila inform owner bila u dah buat bayaran. jangan dah bayar, u senyap je..sampai meninggal pun orang tu tak hantar barang u..



bila dah beritahu..apa yg u perlu buat..hanya tunggu :D 

got it?? itu sahaja..memang ini je step mudah yang u buat bila beli barang online.  ade soalan??

bila barang tu sampai?? lama ke??

ikut pada u postage guna apa. kalau pos laju u memang hari ni pos, esok dapat. dan kalau u guna pos express, paling busuk 3 hari bekerja baru sampai. manakala COD (cash on delivery ) u deal sendiri dengan owner bila dan dimana nak jumpa. u jumpa dia, u bayar depan dia, u dapat on the spot.

i lebih prefer pos laju la, cepat.selamat.dan mudah 

itu sahaja, ok dah reti nak buat?? pegi online shop kat Jipaban cepat..

kalau nak list blogshop or preloved blogshop..boleh drop email atau comment :)

Thursday, December 16, 2010

Terkesima sekejap

Penat i tepek foundation =1 inci

Lelah menepung muka bak tepung gomak =1 inci

Lepak menenyek eye shadow = 0.5 inci

Lemah menenyeh maskara = 2 inci

Semput memblush blusher = setompok

dan dengan teliti  i menonyoh lipstik = 1.5inci

end up..sulong sempoi call dengan yakin memberitahu 

' KELAS CANCEL'


why me!!!!

stroke terus





Wednesday, December 15, 2010

I belum mumayyiz

kalau u sakit gigi atau gusi, sebab gigi geraham bongsu sibuk nak tumbuh la hape. all u need to do, berus gigi tu supaya tiada kuman gendut pakai kain pelekat duduk di celahan gigi u

so ape i buat?? i kembali feeling kanak kanak ribena bila guna berus gigi ni..kalau guna berus gigi godang, makin luas la mulut mungil i nak boleh ke gosok gigi graham bongsu.

maka..i kembali ke zaman kanak kanak..hai nama saya hani nadia, umur saya 6 tahun..saya comel : )  muntah




u go buddy!!



Tuesday, December 14, 2010

Hot Pink is HOT!!


Hanya entry suka suka..apa pendapat korang terhadap beg ini


ade kah ianya layak dibeli??

harga ialah RM60

pic senget tu halal la bro, penat ah rotate rotate tapi dok statik gitu gak..ade aku kesah cak cak cak

*sila abaikan wajah model tak laku diatas