tengok jam dah pukul berapa?? i tak boleh lelapkan mata. ada perkara yang bermain dikepala, pusing pusing sama pusing dengan kepala i. i tak pernah buat entry jiwe loklah, sebab i bukan jenis yang layan perasaan lepastu tacing tacing seorang diri..so-not-me
tapi malam ni, i dihadapkan dengan situasi yang berat, yang totally buat i mati akal. mungkin tuhan nak tunjuk pada i sesuatu yang i tak pernah hiraukan.
i bukan fikir pasal diri i seorang, tapi i pikir pasal orang lain yang sakit kerana i. she do sacrifice a lot. i tak tahu nak buat apa apa sekarang ni. kalau ikut hati, i nk keluar dari situasi ni. tapi kalau ikut akal, i kena selesaikan benda ni kasi clear.
aihhh..
Tuesday, January 4, 2011
Monday, January 3, 2011
Dah boleh main dah??
Midterm i sudah habes..at last T_T
setelah 2 minggu terkankang kangkang pura pura study, akhirnye tahu jugak exam ni untuk berakhir
jangan tanya i, 'boleh jawab ke tak?' sebab obviously i akan jawab tak , disebabkan dewan exam sejuk tahap lori hantar ais, most of my answer dipengaruhi oleh rasa ingin kencing. dah la exam kali ni i banyak main main, tak tahu la kenapa. bila time exam mesti rasa tak cukup tidur. walhal lebih banyak tidur dari study. humph
hari ni, exam dah habes. i akan mula merancang untuk mula berpoya poya. malam ni nekad nak tidur awal, esok nekad juga nak bangun tengah hari. mak mentua kalau rasa nak reject tu lantak kau lah.
bai, ni baru midterm. final belum lagi bai. tskkk mengalir air mata darah, terus tangan letak kat dahi pura pura pengsan
Saturday, January 1, 2011
i am cerewet
pernah tak orang offer u something and u refuse by saying 'eh, aku tak makan benda ni', walhal benda yang di offer sangat common..well i do :P
i sangat particular when it come to term foods, bukan i mengada ngada..tetapi memang sejak zaman jaffar tonggek sampai tak tonggek. i 'cerewet'. yes, thats is the best word to describe my food choices
ok, this is a list yang i tak makan :
1 . Sayur . kecuali : salad, bayam (daun), kangkung(daun), kobis (nipis), kailan (daun)
2. lauk singgang , asam rebus
3. lauk yang ada bubuh nenas (tak masuk betul)
4. ikan bilis (kalau hancur, i tak nampak dalam jemput jemput tu boleh )
5. telur kuning yang direbus
6. telur rebus dari orang kawen
7. ikan kering @ ikan masin
8. cencalok (i rasa rugi tak suka benda ni)
9. budu (too masin la beb)
10. paru
11. hati, pedal dan sahabat sahabatnya
i berani taruh RM500 kalau orang boleh buat i makan benda benda di atas, especially no.1,4,9,10,11
gila mengada ngada tak nak makan. reason for not liking sayur adalah ' i rasa pening bila makan sayur'
ahaha.. pathetic kau hani.
reason for making this wasting-time-unwanted-better-not-knowing-entry adalah, supaya orang sedar yang i makan tak banyak. tetapi masih GEMOK
i sangat particular when it come to term foods, bukan i mengada ngada..tetapi memang sejak zaman jaffar tonggek sampai tak tonggek. i 'cerewet'. yes, thats is the best word to describe my food choices
ok, this is a list yang i tak makan :
1 . Sayur . kecuali : salad, bayam (daun), kangkung(daun), kobis (nipis), kailan (daun)
2. lauk singgang , asam rebus
3. lauk yang ada bubuh nenas (tak masuk betul)
4. ikan bilis (kalau hancur, i tak nampak dalam jemput jemput tu boleh )
5. telur kuning yang direbus
6. telur rebus dari orang kawen
7. ikan kering @ ikan masin
8. cencalok (i rasa rugi tak suka benda ni)
9. budu (too masin la beb)
10. paru
11. hati, pedal dan sahabat sahabatnya
i berani taruh RM500 kalau orang boleh buat i makan benda benda di atas, especially no.1,4,9,10,11
gila mengada ngada tak nak makan. reason for not liking sayur adalah ' i rasa pening bila makan sayur'
ahaha.. pathetic kau hani.
reason for making this wasting-time-unwanted-better-not-knowing-entry adalah, supaya orang sedar yang i makan tak banyak. tetapi masih GEMOK
Katakan Tak Nak Pada Veggie
Friday, December 31, 2010
Last Entry Dari Hani Nadia
Time flies so fast kan?? sampai tak sedar dah nak habis tahun 2010 dah. gila cepat betul masa bergerak. tup tap dah makin tua. hoi silalah berasa sedar diri semakin berumur, sebab i dah bertambah angka 1 di usia remaja i ni. 21..its okkk, just a number
bila sebut 2011 dengan kawan kawan, terus memikirkan hal berikut :
eh kalau kawin tarikh 11.11.11 cantik gila kan nombor?
eh tapi kalau 20.11.2011 pon cantik jugak la
eh, ape pulakkk..1.1.11 la cantik..kepada kawan kawan, balik exam gi beli toto
dan tidak ketinggalan juga, bila sebut tahun baru, mesti berazam dalam hati :
-nak berubah
-nak maju
-nak jadi lebih baik
and all the positive thingy
dan..masuk je hari kedua tahun baru, terus dah tak ingat dah yang diri pernah berazam -_- redha
so pape pun, selamat tahun baru untuk semua orang, dan harap korang dapat berazam
"untuk klik button nuffnang belog ini selalu"
dah klik ke?? tacing terus :')
bagi menutup tirai 2010, tatap la wajah ini dengan pasrah atas ketentua-Nya, mana tahu tahun depan dah takde?? hua2
I WISH U A VERY HAPPY NEW YEAR!!!
Thursday, December 30, 2010
Entry Balasan Untuk kakak kakak dan abang kecintaan
Terima kasih untuk entry berikut
adik kesayangan mu ini sedang exam yang tidak berkesudahan
walhal kalian sedang seronok berjimba dengan kuku metalik biru
wehhhh..takpe, takpe..tengok ah nanti..
tengokkk ahhhhhh...*kibas rambut
*letak jari kat punggung
*pssssssss
adik kesayangan mu ini sedang exam yang tidak berkesudahan
walhal kalian sedang seronok berjimba dengan kuku metalik biru
wehhhh..takpe, takpe..tengok ah nanti..
tengokkk ahhhhhh...*kibas rambut
*letak jari kat punggung
*pssssssss
Friday, December 24, 2010
Apa ada pada NAMA??
sekejap sahaja mahu membebel, harap tak dendam rasa nak pukul
hoi orang kampung, i baru sahaja berasa jakun kerana baru tergerak hati nak google maksud nama sendiri..mak ampuni anakmu
HANI : YANG GEMBIRA, TENANG, MUDAH
NADIA @ NADIAH : PEMBAWA KESETIAAN (kenapa tiba tiba kau sukahati bubuh H hujung nama kau?? sebab kalau ikut tulisan arab nama nadia memang jadi nadiah, got it?)
wuooooo..semua jakun, jakun
terus nak google nama sendiri. ala intenet slow..emo emo
peerghhh..tak sangka i adalah seorang pembawa kesetiaan. memang tabik kat diri sendiri kerana tenang juga *hakikat adalah sangat vice versa dengan maksud tenang T_T
hoi orang kampung, i baru sahaja berasa jakun kerana baru tergerak hati nak google maksud nama sendiri..mak ampuni anakmu
HANI : YANG GEMBIRA, TENANG, MUDAH
NADIA @ NADIAH : PEMBAWA KESETIAAN (kenapa tiba tiba kau sukahati bubuh H hujung nama kau?? sebab kalau ikut tulisan arab nama nadia memang jadi nadiah, got it?)
wuooooo..semua jakun, jakun
terus nak google nama sendiri. ala intenet slow..emo emo
peerghhh..tak sangka i adalah seorang pembawa kesetiaan. memang tabik kat diri sendiri kerana tenang juga *hakikat adalah sangat vice versa dengan maksud tenang T_T
Thursday, December 23, 2010
Blogshop review
Dalam sibuk sibuk nak midsem ni sempat pulak budak gemok ni nak update belog, walhal sudah nekad serahkan berukband kepada diba supaya menjauhkan diri dari bergelumang dengan blogging..tapi tidak berjaya -_-
ala..i bukan nak update ape, i nak review blog orang kat sini..ala *masih kau berdalih
ok, serius serius..intro mengarut tak diperlukan disini hani ..fokus utama NAK REVIEW BLOG
Blogshop yang i nak review adalah The VixevVine
ala..i bukan nak update ape, i nak review blog orang kat sini..ala *masih kau berdalih
ok, serius serius..intro mengarut tak diperlukan disini hani ..fokus utama NAK REVIEW BLOG
Blogshop yang i nak review adalah The VixevVine
of course la i dah pernah purchase stuff dari belog ni, kalau tidak takde la aku mengriviewnye, so setakat ni i dah beli kasut ni dan beg ni
sila abaikan props yang nyaman dibelakang, abaikan juga lopak babi bergomol sebelah i
FOKUS BEG BALENCIAGA LARIAT
i suka purchase barang dari vixenvine, harganya lagi murah dari retail price, most of the item yang dijual adalah brand new dan preloved. bag i beli ni brand new ya *kelip kelip
vixenvine adalah satu blogshop yang sedang berusaha mendapat tempat dihati blogshopper, item yang dijual mostly adalah branded stuff macam Benefit, Forever 21, La Senza, Esprit dan banyak lagi bro
ok, ini adalah antara barang barang lain yang vixen vive jual :
setiap barang akan ada description di bawah, so ini memudahkan u untuk tahu sepenuhnya tentang barang yang u bakal order, dan kalau masih tidak berpuas hati, u boleh email dan tanya beliau personally.
selain dari baju, beg , kasut dan seluar, vixenvine juga menjual makeup stuff dan accercories. oh i lupa, apa yang menariknya tentang blogshop ini adalah ownernye. u boleh negotiate dengan beliau or should i call her sabrina, she is a super cute girl yang akan beri servis terbaik untuk pelanggan. so far, i berpuas hati dengan COD.. barang hantar depan rumah, siapa tak terharu.
dan..dan..ada lagi..FREE POSTAGE IF PAID WITHIN 24 HOUR!!!
hah siapa nak bagi free postage senang senang?? fikirkan . tiba tiba
dalam banyak banyak purchase barang online, vixenvine adalah yang terbaik, u boleh share pendapat u dengan sabrina dan u boleh bagitau apa yang u nak and beliau akan carikan untuk u..awesome kan??
so apa u tunggu lagi?? jadi FOLLOWER untuk vixenvine. mana tahu kalau ada promotion first 100 followers boleh dapat special price :D
selamat mencuci mata gurls!!
Tuesday, December 21, 2010
Geng geng berglelinjang FOR SALE (Y.E.S)
Bila unjung unjung tahun ni, meriah Year End Sale, dan i tidak ketinggalan..of kos :D
i juga ada 'barang' untuk dijual, jika berkenan sila drop komen tanpa segan
ciri ciri item di bawah setiap gambar :
i juga ada 'barang' untuk dijual, jika berkenan sila drop komen tanpa segan
ciri ciri item di bawah setiap gambar :
sponsored by : hani nadia
KIRI :
ciri ciri
-super high maintenance
- datin wannabe
-bersaiz mini
- yang nak ni, body wajib katang (taf &perut berketak)
AVAILABLE
dancing entertainment Not Include ( sold separately )
ciri ciri :
-ketinggian model
-high maintenance
-nak yang ni kena pas test imam muda
SOLD
ciri ciri :
- KKK (kecik kurus kus semangat)
- high demand
- kadar blurr ditahap kritikal
AVAILABLE
KIRI :
ciri ciri
ciri ciri
- comel dan bersaiz mini
- high maintenance dan demand
-kipas susah mati yuna
AVAILABLE
KIRI :
ciri ciri
ciri ciri
- manja manja ooh lala
- ceti bertauliah
- baik hati
*highly recommended
AVAILABLE
KANAN :
ciri ciri
ciri ciri
- mek klate sejati
- high maintenance
- kacak adalah kriteria penting :P
-kaki karoke
* highly recommended
AVAILABLE
MAK AYAM
ciri ciri :
- hanya membela anak ikan
muahahahaaha
i made this for fun..jangan ada yang bijak bestari buat tempahan serius dengan i..kalau ada, u golongan wajib kahwin
Friday, December 17, 2010
Beli Online? kenapa masih ragu??
aloh aloh..tajuk entry i macam nak promote Dr.Jism. tiba tiba.
i selalu purchase barang secara online. sebab?? murah, cantik dan kadang kadang benda belum keluar dah ade dah kat blogshop. name it, apa u nak? klik klik klik..dah dapat dah
ramai mengomel kecoh kecoh 'beli online leceh la, beli online banyak hal la..yada yada yada' ..jawapan?? sebab u belum cuba. lol
so hari ini i nak bagi step or should i call it tips juga?? u boleh ikut this procedure bila u beli barang online nanti..and kalau u tak berani lagi, i dengan rela hati boleh bagi private conversation dengan u. baik kan i? baikkkk boleh saja email i hani_nadia@yahoo.com gila glamernye kau hani
lets get it started !!
so, u tengah blog walking dengan niat dihati nak stalk belog belog meriah. tiba tiba, u terberhenti dekat 1 blogshop ni jual preloved item seluar jeans esprit RM35!! berderau darah naik ke otak..hati berdebar debar..jiwa meracau racau..dalam hati 'esprit 35 hengget!! kau gila..mesti rembat!!'
tapi u tak berani, betul ke ni?? tak leceh ke nanti?? bila barang nak sampai?? nak bayar macam mane?? aihh..julingg mata kalau asik dok pikir macam ni..chill ..all u need to do, u cuma perlu tanya orang yang jual tu via email ..u boleh start dengan ini
'hello, i want to know if the esprit jeans is still available??'
ok..thats all. cukup. nokhtah. tak payah sambung panjang panjang tanye biodata
bila owner tu dah reply dan cakap seluar tu still available. u boleh proceed dengan begini
'i want the jeans, can u reserve it for me?' atau u boleh terus deal untuk beli
' i want the jeans, how much should i pay?'
biasanya selepas itu owner akan bagi jumlah bayaran dan no akaun dia..ikut la CIMB ke, MAYBANK ke..dan pastikan u bagi alamat rumah u kalau u tak bagi, nak suruh dia pos kat mana?? pos balik rumah dia ke?
lepastu u pun buat bayaran ikut pada berapa jumlah harga seluar yang u dah deal dengan owner.
next step sila inform owner bila u dah buat bayaran. jangan dah bayar, u senyap je..sampai meninggal pun orang tu tak hantar barang u..
bila dah beritahu..apa yg u perlu buat..hanya tunggu :D
got it?? itu sahaja..memang ini je step mudah yang u buat bila beli barang online. ade soalan??
bila barang tu sampai?? lama ke??
ikut pada u postage guna apa. kalau pos laju u memang hari ni pos, esok dapat. dan kalau u guna pos express, paling busuk 3 hari bekerja baru sampai. manakala COD (cash on delivery ) u deal sendiri dengan owner bila dan dimana nak jumpa. u jumpa dia, u bayar depan dia, u dapat on the spot.
i lebih prefer pos laju la, cepat.selamat.dan mudah
itu sahaja, ok dah reti nak buat?? pegi online shop kat Jipaban cepat..
kalau nak list blogshop or preloved blogshop..boleh drop email atau comment :)
Thursday, December 16, 2010
Terkesima sekejap
Penat i tepek foundation =1 inci
Lelah menepung muka bak tepung gomak =1 inci
Lepak menenyek eye shadow = 0.5 inci
Lemah menenyeh maskara = 2 inci
Semput memblush blusher = setompok
dan dengan teliti i menonyoh lipstik = 1.5inci
end up..sulong sempoi call dengan yakin memberitahu
' KELAS CANCEL'
why me!!!!
stroke terus
Subscribe to:
Posts (Atom)








