Tuesday, December 14, 2010

Hot Pink is HOT!!


Hanya entry suka suka..apa pendapat korang terhadap beg ini


ade kah ianya layak dibeli??

harga ialah RM60

pic senget tu halal la bro, penat ah rotate rotate tapi dok statik gitu gak..ade aku kesah cak cak cak

*sila abaikan wajah model tak laku diatas

Monday, December 13, 2010

Ape Barang Cemburu cemburu

Ini bukan entry berkasih sayang dimana i berasa cemburu kepada sang kekasih atau mengatakan dengan yakin cemburu maknanya sayang -_- ..bukan bukan..dan juga ini bukan entry bercerita perihal barang yang mempunyai perasaan cemburu..juga bukan

cemburu tu normal dalam manusia termasuk la i, i sangat cemburu bila tengok orang mampu beli beg chanel dengan selambebadak dan beli beg prada dengan beg LV sekali harung sebab tak tahu mana satu nak pilih, orang macam ni siapa siapa tengok pon makan hati..

tapi kalau setakat cemburu pada benda yang tidak munasabah seperti melihat sahabat lebih bodoh dari kita dan terus berniat jahat untuk menjatuhkan dia itu dah abnormal..think outside the box sekejap, cemburu itu cool bila u handle dengan positif, tapi jadik tak cool langsung sampai u ada niat tak baik, sampai niat nak buruk burukkan dia depan kawan kawan..hah apsal cakap macam dari pengalaman sendiri ni??? 

so, apa kata bila u cemburu, u niat dalam hati..'aku akan buat lebih baik'  bukan niat dalam hati dengan riak dan takbur 'aku akan buat dia cemburu balik pada aku' sambil ketawa gosok gosok tangan persis nenek kebayan. yang ni, tuhan pon malas nak makbulkan doa kau

jangan kerana hal hal kecik pon nak cemburu, lepastu kutuk orang yang kita rasa cemburu tu supaya diri rasa lebih baik..mungkin u berjaya buat diri u rasa lebih baik, tapi cuba ambil masa 2 minit untuk pikir perasaan orang yang kita kutuk tu?? berbaloikah kita mengutuk orang yang mana hasil nya jelas jelas orang akan kutuk kita balik??
well some of u might not be getting this, i  have no idea macam mana nak bagi orang paham this complete situation of  cemburu.. tapi tula, kesimpulannya jangan cemburu cemburu tak bertempat.. nanti orang macam i menyampah. to this people 'Weh ape barang cemburu cemburu!!!' 


ciss..ni i emo, asal dorang lagi cun dari i !!!

ni yang i cemburu ni...








Sunday, December 12, 2010

Molten Lava Cake

yuhuuuu..apa kabar dunia?? asyikkkkk...hari ni i nak bagi resipi enak tenang iaitu Molten Lava Cake. ok i start tahu pasal cake ni bila my sistah suggest..memang sedap hingga menjilat dinding la..tapi dengan yakin kitorang rasa boleh buat lagi sedap dari tu..yes, memang lagi sedap..so bagi orang orang yang nak cuba boleh try resipi ni..

bahan yang u perlukan hanyalah :

butter
coklat cadbury dairy milk (bar besar)
tepung untuk cake tu
telur 6 biji

itu sahaja adik adik, so let get it started yall

mula mula, u cairkan coklat tu dengan butter..make sure double boil ye sebab house mate i cairkan macam tu je..salah salah

lepastu u gaul..err gaul ke?? hmm ala u kacau la telur dengan butter dalam bekas lain..pastikan well mixed


lepastu masukkan la coklat yang dah dicairkan tadi dalam mixture diatas..lepastu masukkan pula tepung cake tu..jangan bubuh banyak banyak..agak dalam secawan je..


jadi la macam ni..boleh amek sikit rase rase..
 lepastu u dah boleh masukkan dalam bekas dan dah boleh bake pada suhu around 220celcius selama 7 minit..


dan akhirnye..siap!!


Molten Lava Cake!!!

lebih enak dimakan dengan ais krim atau something sour..strawberry will do..


kegelojohan melanda, sudu cetoit nescafe pon jadi la ejang

dan siapa yang paling suka makan??


ayah so sweet, makan dengan kain pelekat pon jadi..terharu betul anak anak :')

ok dah..pi buat cepat!!




Thursday, December 9, 2010

Hari ini sangat suwey

pagi pagi bangun nak pegi kelas i dah dipertemukan dengan sesuatu yang tak bagus, its all start when diba called my named furiously and tarik my hand close to the window..i was thinking what the heck la diba begitu exited dengan muka tak seberapa enak dipandang..apsal? apsal?..and bila i ngendap kat tingkap kaca istana i, terlihat la seorang lelaki di dalam kereta sedang menggoncang 'dunianya'..listen..dalam kereta..parking betul betul depan tingkap rumah i..tingkap terbuka..dan sedang menggoncang 'dunia'...gila babi!! (do i sound like lisa surihani??)

housemate i masing masing dah menggeletar..berani betul seks maniac ni lepak lepak depan rumah i dengan yakin..malang betul i rase..

then i lupekan kisah menggelikan itu, life must goes on..but then, bad luck semakin menjadi jadi

i lambat pegi kelas!! bas pukul 11 i masih boleh terhegeh hegeh makan biskut cecah teh wangi..siot,sume salah kau diba sebab sediakan aku sarapan..bila dah lambat i 'berhungga' macam orang asli kejar babi utk  cuba dapatkan bas..dengan keadaan termengah mengah, uncle bus tu boleh plak nak marah i..'u tgk ini jam la..(baca dalam hujung lidah cecah lelangit) sudah pukul berapa? ini bas kasi gerak pukul 11.05, u datang pukul berapa?? bla..bla..' cisss..uncle ni dah pandai pulak sound sound orang..mana belaja ntah

dengan panas hati i jalan cari sit..belum sempat bas dah gerak, kebetulan ditangan i bawak poster yang i kena submit hari ini..bas gerak i nak tergolek, dah la ramai orang..hamek nak i pon terpelecot, poster tu bila tengok dah tersangkut kat perut orang tengah duduk..dusss..malu malu

bila sampai kolej, i kena buat presentation base on poster yang i buat..2 hari sebelum presentation i dah basuh lab kot siap siap, yela nak nampak cun bila present..tup tup masa lab parasit, lab kot i terkena kotor yang i suspek adalah tahi dari spesimen yang i uji..sadis

malang lagi disitu..dan habis presentation i baru ingat yang i belum print out assgment yang i kena submit esok..shit..i lari macam naruto, bas datang lagi 15 minit..ntah sempat ke tidak nak print out sumenye..jawapannya tidak..print separuh jalan, i cancel..i berlari lagi macam cheetah dengan harapan tak tertinggal bas..alhamdulilah..luck was on  my side this time..

tapi..tapi..uncle bus yang sudah berani berani bersuara itu bertanyakan soalan kepada i 

uncle camnyeharam : %&JGJ$#$J@#$~@J (i tak dengar die tanye ape)

hani jelita : 'uncle ni tnye id ke' kata hati kecilku

i pon dengan yakin tunjuk kad id

uncle camnyeharam : sy tanyaaa, u mau pegi manaaa

hani jelita : oo..seksyen 20

uncle camnyeharam : cakap india dengan besfren forever dia sambil gelak-gelak..yang i paham 'lkdscihie 20 hgvfkhfv id kjflf jbflsjd

cisss..sah mengumpat haku..cilakak

ok..berakhir la hari i yang malang..ok belom berakhir sebab malam masih muda...

impian dan harapan i suci hari ni nak pegi kelas...tapi..sedihhh


bayangkan..buruknye i berlari dengan berbaju ini..kompem mak mentua reject siap siap




Sunday, December 5, 2010

Penyebaran HIV

lame betul i tak update blog tercenta ni..busy katenye,heboh..mengalahkan kerja tokey panasonic . bukan sengaja tak nak update,kalau nak update kena ade modal nak cerita..ni kalau life style tahap mengkarung dalam sangkar, baik duduk diam diam tak tulis ape-ape..elok sikit daripada menipu..


memandangkan sedang sedang sibuk buat assingment yang bergunung..maka, i bagi la sikit info kat orang orang di luar, ape guna kau belajar perubatan tapi tak nak kongsi ilmu..haa..


benda ni i amek dari belog yang i pon tak berapa nak sure originality dari mana sebab banyak belog yang ambil termasuk i..at least busuk busuk belog ni pon ade jugak sikit info nak kongsi kan..ok, benda ni mengenai HIV..masih ade orang yang pandang tak de mata isu ni..tapi ambil masa 2 minit..cuba pikir kalau benda ni terjadi pada u oll..gelap masa depan ke tak..pikirkan..


1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar
atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai
danmenimbus jarum penyuntik didalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya
terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak.Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat
kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum
penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur
& kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi
apabila seorang perempuan duduk dikerusi beliau dan terasa sesuatu benda
mencucuk. Beliau berdiridan mendapati ada penyuntik dan nota
berbunyi ''Welcome to the real world, youare now HIV positive'' .Doktor telah
memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku
di Hawai jadi berhati-hati ... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi
pastikan bila anda membeli airatau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik
didalam nya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIVyang juga pekerjanya meletakkan sedikit
darah di dalam burger & mencampur kandungan mayonis dan salad. Ianya seperti
sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.


so how?? dah ade kesedaran ke belum..kesimpulannya..pegi mana mana..pakai jela cawat besi..







kau belum sempat duduk..jarum dah bengkok o_O

Sunday, November 14, 2010

Dugaan

setiap manusia itu sepanjang hidupnya akan sentiase diuji dengan dugaan

dan kita perlu percaya bahawa tuhan hanya menguji hambanya yang layak diduga

anggap la diri kita istemewa apabila diduga

kerana setiap dugaan yang tuhan berikan akan didatangi dengan hikmah yang penuh dengan keindahan

dan percayalah bahawa tuhan menguji kita supaya kita sedar akan setiap kesilapan yang kita lakukan

Friday, November 12, 2010

GEO LENS


Tempahan untuk GEO LENS dibuka sekarang untuk semua \*0*/

horeyyyy..dengan harga yang lagi murah daripada orang lain jual..no, saya tak jual yang fake ok..hanya yang original sahaja dijual disini

hanya dijual kepada orang yang bersungguh sahaja..untuk mereka yang rasa tak yakin nak pakai, boleh la mula belajar dari sekarang.. 

ini adalah lens yang saya jual, setiap penerangan ada kat bawah setiap gambar..kepada yang berminat cuma perlu email kan pada saya perkara perkara penting berikut :

1. Nama
2. Email Address
3 . Phone number
4. Order List & enquiries , (contoh : CM833 RIGHT (1.00) LEFT (1.25) )
5. Alamat untuk saya pos

semua perkara ni perlulah dihantar ke hani_nadia@yahoo.com

saya pastinya akan reply mail yang dihantar secepat mungkin dalam tempoh 24 jam

PLANO - 0.00
POWER AVAILABLE - 0.00 - 10.00

mari, kita cuci mata

 *sila klik pada gambar untuk lebih jelas





 NUDY 
RM36
POWER AVAILABLE : CH624,CH625
PLANO ONLY : CH621,CH622,CH623,CH932


SUPER CIRCLE LENS
POWER AVAILABLE : XCK105
RM36


GEO BLACK CIRCLE
POWER AVAILABLE : CK107
RM35


ANIMATION & CRAZY LENS
PLANO ONLY 
RM35


2 TONE LENS
POWER AVAILABLE : ALL
RM35


MAGIC CIRCLE LENS
PLANO ONLY
RM48



TWIN SERIES LENS
PLANO ONLY
RM36


WING SERIES LENS
PLANO ONLY
RM35

*NEW SERIES
HURRICANE LENS
PLANO ONLY
RM36
















kat bawah ni ialah lens yang dari siri baru..saiz masing masing ialah 15mm, kalau dh 15mm ni maksudnya memang besar la..tapi sayang, ianya plano sahaja..tiada power



RM36

yang ni saiz 14mm - 14.8mm
TEAR LENS 
BROWN : CM839
GREY : CM838
PLANO ONLY
RM36



-SUPER NUDY COLOR 
POWER AVAILABLE : XCH624,XCH625
PLANO ONLY : XCH621,XCH622,XCH623
RM36

-SUPER ANGEL COLOR 
POWER AVAILABLE : XCM214,XCM 215
PLANO ONLY : XCM211,XCM212
RM36

-SUPER CIRCLE LENS 
POWER AVAILABLE : XCK-105
RM36

Thursday, November 11, 2010

MEGAMIND review

Pernah tak korang tengok cerita watak the villain a.k.a antagonis jadi hero?? kalau ada pun jarang jarang kan..kalau kat india ni, hero wajib menang,kalau hero mati habis satu panggung kena bakar..ok, sumpah tak tipu! bohhhh--san la kalau balik balik hero kalah awal lepastu mesti menang.. - _-

tapi kali ni, cerita yang saya nak review adalah sebaliknya!! ya! vice versa..its MEGAMINDDDDDD...


"the superhero movie will never be the same"

siapa sangka mahluk si botak-biru-kepala-besar ni sebenarnya lurus bendul dan romantik?? ya, romantik..watak dia yang bongok dan lembab menjadikan dia adalah villain yang paling tak digeruni dan kelakar..the best part bila dia dah berjaya menjadi jahat dan bosan jadi jahat bila tiada lagi orang baik untuk dijadikan saingan..akhirnya dia cipta hero dia sendiri yang end up menjadikan dia hero..got it? no?


jalan cerita Megamind memamg klise habis..u, yes u budak darjah 2..i know u boleh agak jalan cerita ni kan? kan?

walaupun jalan ceritanya klise, tapi cara dia bawa menjadikan kita rasa 'ahh,walaupun tipikal cerita kartun tapi tetap best!'  jalan cerita sangat smooth..untuk sesiapa yang stok gigit jari tengok movie, yes..dah boleh turun tangan dan tengok dengan rilek sebab cerita ni memang tak memberi apa apa tekanan langsung..duhh, cerita kartun..apa lagi kau mau..

cerita jadi makin kelakar bila watak hero yang klise diwujudkan..asal hero je mesti badan taf, baju ketat, muka panjang, dagu lekuk..haha..


tak tau nak ulas macam mana lagi dah..kau tengok sendiri ah bedah..ape pun cerita ni kelakar..memang kelakar gila..ok kelakar sangat..beb serius, kalau dah cakap banyak kali ni maksudnya kelakar la tu..

dah dah..tak payah pening pening nak pikir 'emm nak tengok life as we know it ke megamind??'  ya kiten, aku cakap pasal kau..ya..kau





Wednesday, November 10, 2010

Tips senang bangun pagi

Perkara ini normal..tapi tak normal bila sampai tertinggal waktu subuh..yes..awk..selalu tinggal subuh kan? cepat mengaku dalam perhimpunan..hmm ni masa zaman baju putih kain biru..sekarang dah besar panjang, ok sekejap..kenapa besar panjang, adakah besar gemuk tidak boleh? ok, stop it nadia..kau dah mengarut..fokus..

nak tidur senang je, bukak buku..tak payah habis satu bab, 2-3 baris perkataan pon dah gelap dunia lepastu..tapi bila nak bangun memang nak tunggu orang baca yasin kat telinga baru nak ade kesedaran untuk bangun agaknya 

oleh sebab kakak manis baik hati hari ini..maka dihadiahkan dengan tips tips suci untuk semua..ya tips untuk bangun pagi sahabat..sopannya 

so here u are :

1. Buat aktiviti pada waktu malam..no, bukan sukan neka..tapi aktiviti yang boleh buat korang tidur awal dan rasa suci..contoh macam mandi air panas, baca buku harian kalau korang spesis benci buku teks la atau paling simple selubung kan badan dengan selimut dan nikmati keenakan dan keempukan tilam..komfem senang je nak lelap *disahkan


2. Nadia!!! tutup tv tu sebelum mak picit masuk dalam tv!! yes..tutup tv tutup lappie tutup semua benda yang boleh membuatkan korang hayal sampai lupa untuk tidur..kalau facebooking memang tak hengat budak zaman sekarang ni..

3. Jauhi minuman berkafein..ape minuman yang berkafein?? kopi, nescafe, air bergas juga ada cafein..jadi jauhkan semua ni, kalau rase esok pagi nak bangun senang, jauhkan minuman kafein pada siang hari..walaupun kadang kadang pertikai 'eh, saya minum nescafe senang je tido??' itu sebab awk amik malam hari..kafein tak sempat bertindak awk dah tido..camno


4. Jangan makan makanan berat pada malam hari..habis kalau dah lapar nak buat macam mana..boleh makan, tak suruh pun diet..dengan syarat makan la makanan yang ringan ringan..oh gedik nak suruh bagi idea makanan ringan..awk boleh cuba makan salad,roti ke..ape? benci sayur? makan la buah buahan..yang penting  jangan makan makanan yang berat sebab nanti perut kita gembira, kita rasa senang nak bangun pon berat je rasa..


5. Morning sunshineee!! biarkan  morning breeze masuk bilik..macam mana tu?? ok lepas dah bangun subuh terus sambung tido kan? kan? ape kata, bangun subuh tu..buka semua tingkap dan biarkan udara pagi masuk bilik..bila rasa segar, otak rasa cerdas maka kita pun rasa cergas..tak nak tidur lagi dah



6. Well basically benda ni atas individu juga..nak bangun atau tak semua terletak pada motivasi diri..u nak sihat u kena jaga waktu tidur u..u nak berkantung eye bags tu u punya masalah..ok, got it?? so amalkan macam kekdah my sistah selalu buat..set kan alarm lagu spongebob 'its the best day everrrr' yang memang practically buat u rasa tak sabar sabar nak nikmati hari hari u yang best..ok cukup..saya membebel ni..hentikan


guna la tips tips suci yang saya bagi ni untuk mereka yang selalu ada monday bluessss..hari sabtu tak apa..

Tuesday, November 9, 2010

eye shadows 88 palette

ini idalah entry review stuff..baik hati kan saya mengreviewkan untuk orang lain..heee  so yes, kali ni saya nak review eye shadows 88 palette. memang banyak sangat la eye shadow yang terjual sekarang ni sekali banyak..benda macam ni memang memudahkan..semua warna ada pada satu bekas..tak ade la nak pening pening sehari hilang satu warna..kan..jenama yang saya nak review ni pernah di review kat yourshoppingkaki .NIKITA tau sure la dari negara mane..korea ke..jepun ke..atau  kuala pilah..tak sure..tapi yang saya sure..ianya cool..setelah 20 tahun hidup, akhirnya saya jatuh cinta pandang pertama..ye, dengan si warna warni ini..




ok ni pulak beberapa skill yang tak seberapa..well honestly, ni memang main calit calit..sumpah aku tak pernah tahu pakai eye shadows macam rozita che wan 
















wasn't bad at all ait?,no?  warnanya memang jelas, walaupun eye shadows ni jenis shimmer, tapi memang warnanya lebih menonjol dari shimmer tu..tak tipu..untuk remove pulak memang senang sangat ah wa cakap lu..ila my sistah gosok gosok mata dia and eye shadows tu dah boleh hilang..easy beasy girl..yang mana nak amik wuduk tu tak payah kecoh kecoh wuduk tak sah..eye shadow ni sure buat korang rasa nak sambung solat sunat sekali..  :")

for those yang risau muka berminyak dan takut eye shadow ni meleleh atau menjadi hot-doh, jangan risau sebab saya sendiri yang kulit berminyak 1 liter ni pon masih yakin untuk pakai..best la eye shadow ni, rasa macam nak pakai hari hari..nak pakai masa tido macam drama la..