Thursday, November 11, 2010

MEGAMIND review

Pernah tak korang tengok cerita watak the villain a.k.a antagonis jadi hero?? kalau ada pun jarang jarang kan..kalau kat india ni, hero wajib menang,kalau hero mati habis satu panggung kena bakar..ok, sumpah tak tipu! bohhhh--san la kalau balik balik hero kalah awal lepastu mesti menang.. - _-

tapi kali ni, cerita yang saya nak review adalah sebaliknya!! ya! vice versa..its MEGAMINDDDDDD...


"the superhero movie will never be the same"

siapa sangka mahluk si botak-biru-kepala-besar ni sebenarnya lurus bendul dan romantik?? ya, romantik..watak dia yang bongok dan lembab menjadikan dia adalah villain yang paling tak digeruni dan kelakar..the best part bila dia dah berjaya menjadi jahat dan bosan jadi jahat bila tiada lagi orang baik untuk dijadikan saingan..akhirnya dia cipta hero dia sendiri yang end up menjadikan dia hero..got it? no?


jalan cerita Megamind memamg klise habis..u, yes u budak darjah 2..i know u boleh agak jalan cerita ni kan? kan?

walaupun jalan ceritanya klise, tapi cara dia bawa menjadikan kita rasa 'ahh,walaupun tipikal cerita kartun tapi tetap best!'  jalan cerita sangat smooth..untuk sesiapa yang stok gigit jari tengok movie, yes..dah boleh turun tangan dan tengok dengan rilek sebab cerita ni memang tak memberi apa apa tekanan langsung..duhh, cerita kartun..apa lagi kau mau..

cerita jadi makin kelakar bila watak hero yang klise diwujudkan..asal hero je mesti badan taf, baju ketat, muka panjang, dagu lekuk..haha..


tak tau nak ulas macam mana lagi dah..kau tengok sendiri ah bedah..ape pun cerita ni kelakar..memang kelakar gila..ok kelakar sangat..beb serius, kalau dah cakap banyak kali ni maksudnya kelakar la tu..

dah dah..tak payah pening pening nak pikir 'emm nak tengok life as we know it ke megamind??'  ya kiten, aku cakap pasal kau..ya..kau





Wednesday, November 10, 2010

Tips senang bangun pagi

Perkara ini normal..tapi tak normal bila sampai tertinggal waktu subuh..yes..awk..selalu tinggal subuh kan? cepat mengaku dalam perhimpunan..hmm ni masa zaman baju putih kain biru..sekarang dah besar panjang, ok sekejap..kenapa besar panjang, adakah besar gemuk tidak boleh? ok, stop it nadia..kau dah mengarut..fokus..

nak tidur senang je, bukak buku..tak payah habis satu bab, 2-3 baris perkataan pon dah gelap dunia lepastu..tapi bila nak bangun memang nak tunggu orang baca yasin kat telinga baru nak ade kesedaran untuk bangun agaknya 

oleh sebab kakak manis baik hati hari ini..maka dihadiahkan dengan tips tips suci untuk semua..ya tips untuk bangun pagi sahabat..sopannya 

so here u are :

1. Buat aktiviti pada waktu malam..no, bukan sukan neka..tapi aktiviti yang boleh buat korang tidur awal dan rasa suci..contoh macam mandi air panas, baca buku harian kalau korang spesis benci buku teks la atau paling simple selubung kan badan dengan selimut dan nikmati keenakan dan keempukan tilam..komfem senang je nak lelap *disahkan


2. Nadia!!! tutup tv tu sebelum mak picit masuk dalam tv!! yes..tutup tv tutup lappie tutup semua benda yang boleh membuatkan korang hayal sampai lupa untuk tidur..kalau facebooking memang tak hengat budak zaman sekarang ni..

3. Jauhi minuman berkafein..ape minuman yang berkafein?? kopi, nescafe, air bergas juga ada cafein..jadi jauhkan semua ni, kalau rase esok pagi nak bangun senang, jauhkan minuman kafein pada siang hari..walaupun kadang kadang pertikai 'eh, saya minum nescafe senang je tido??' itu sebab awk amik malam hari..kafein tak sempat bertindak awk dah tido..camno


4. Jangan makan makanan berat pada malam hari..habis kalau dah lapar nak buat macam mana..boleh makan, tak suruh pun diet..dengan syarat makan la makanan yang ringan ringan..oh gedik nak suruh bagi idea makanan ringan..awk boleh cuba makan salad,roti ke..ape? benci sayur? makan la buah buahan..yang penting  jangan makan makanan yang berat sebab nanti perut kita gembira, kita rasa senang nak bangun pon berat je rasa..


5. Morning sunshineee!! biarkan  morning breeze masuk bilik..macam mana tu?? ok lepas dah bangun subuh terus sambung tido kan? kan? ape kata, bangun subuh tu..buka semua tingkap dan biarkan udara pagi masuk bilik..bila rasa segar, otak rasa cerdas maka kita pun rasa cergas..tak nak tidur lagi dah



6. Well basically benda ni atas individu juga..nak bangun atau tak semua terletak pada motivasi diri..u nak sihat u kena jaga waktu tidur u..u nak berkantung eye bags tu u punya masalah..ok, got it?? so amalkan macam kekdah my sistah selalu buat..set kan alarm lagu spongebob 'its the best day everrrr' yang memang practically buat u rasa tak sabar sabar nak nikmati hari hari u yang best..ok cukup..saya membebel ni..hentikan


guna la tips tips suci yang saya bagi ni untuk mereka yang selalu ada monday bluessss..hari sabtu tak apa..

Tuesday, November 9, 2010

eye shadows 88 palette

ini idalah entry review stuff..baik hati kan saya mengreviewkan untuk orang lain..heee  so yes, kali ni saya nak review eye shadows 88 palette. memang banyak sangat la eye shadow yang terjual sekarang ni sekali banyak..benda macam ni memang memudahkan..semua warna ada pada satu bekas..tak ade la nak pening pening sehari hilang satu warna..kan..jenama yang saya nak review ni pernah di review kat yourshoppingkaki .NIKITA tau sure la dari negara mane..korea ke..jepun ke..atau  kuala pilah..tak sure..tapi yang saya sure..ianya cool..setelah 20 tahun hidup, akhirnya saya jatuh cinta pandang pertama..ye, dengan si warna warni ini..




ok ni pulak beberapa skill yang tak seberapa..well honestly, ni memang main calit calit..sumpah aku tak pernah tahu pakai eye shadows macam rozita che wan 
















wasn't bad at all ait?,no?  warnanya memang jelas, walaupun eye shadows ni jenis shimmer, tapi memang warnanya lebih menonjol dari shimmer tu..tak tipu..untuk remove pulak memang senang sangat ah wa cakap lu..ila my sistah gosok gosok mata dia and eye shadows tu dah boleh hilang..easy beasy girl..yang mana nak amik wuduk tu tak payah kecoh kecoh wuduk tak sah..eye shadow ni sure buat korang rasa nak sambung solat sunat sekali..  :")

for those yang risau muka berminyak dan takut eye shadow ni meleleh atau menjadi hot-doh, jangan risau sebab saya sendiri yang kulit berminyak 1 liter ni pon masih yakin untuk pakai..best la eye shadow ni, rasa macam nak pakai hari hari..nak pakai masa tido macam drama la..



Friday, November 5, 2010

keeping up with the adnan's

awesome kan cuti kan?? yehh..saya cuti sekarang..memang ohhhhh--some...
hujung minggu hari tu, kami satu family..bukan family anak-anak wak nan sahaja, tapi disertai cousin cousin yang menanam anggur untuk join trip ke kelong untuk memancing..u know..kelong..keyl--ong..
ape tu? serius tak taw?? duhhh..lame...mari,saya ajar..mari..nah gula gula..
kelong tu satu tempat yang terletak kat tengah laut..nope nope..bukan pulau..

ok,senyap..tengok gambar kan senang..gedik nak kena explain..


lihat lah...betapa ditengah lautnya kedudukan beliau

ok, entry ni panjang sebab nak cerita bermulanya take off dari rumah sampai balik rumah..tak nak baca tengok gambar, tak nak tengok gambar tutup..muka jelita ni harus ditatap, kalo tak memang rugi..


muka muka exited dan teruja nak memancing..masih tak sedar akan apa yang akan berlaku selepas itu


ni dah sampai..bukan sampai kelong..baru sampai tempat untuk naik bot pergi ke kelong..


kan kan..dah kate, muka semua teruja..kau tengok ah nanti..tengok..ha


ok..kenapa kaki kakak cantik nampak hideous?? kaki pemancing sejati barangkali..hump


memperkenalkan watak, beliau ialah chief the mission..got it? pak kepala..

kitorang iaitu daughter of adnan's memang pertama kali pergi memancing..juga lemah meramal musim..dah sampai, tengok laut, baru sedar yang sekarang musim tengkujuh..ombak dasat dasat..kalau naik feri pegi kelong tu takpe ah kan..ni tak..naik bot..ulang suara biar jelas..bot kecik..

disebabkan terlalu takut ghairah nak memancing, maka tiada gambar yang diambil masa naik bot yang pertama..gila scary weh best sampai tak boleh nak snap gambar..gambar diatas ialah bot yang kedua..laut terlalu berombak, naik bot memang tak jalan..terumbang ambing macam nyawa ni hujung tanduk je..sebelum naik bot memang ceria, dah naik..semua..nyit..nyit..nyit..cengkerik

jadi gambar masa senyap dan terkelu tak sempat snap..ini bot kedua, amboi amboi kemain seronok lagi muka masing masing..tak tak..ni semua hanya sementara..trust me..



dan..kemudian..tiada lagi keterujaan..

bot patah balik..ombak besa

ombak jahat

kitorang semua basah

humphhh!! T_T


tiada lagi senyum tawa

bila dah sedih..makan otak-otak

bukan otak-otak kempas


makan..makan..sila..




horeyyy!! setelah menunggu selama sejam untuk memastikan air laut dah tenang sikit..kitorang pon bergerak menaiki bot yang ketiga..ya..ulang suara ketiga..dan lihatlah wajah ceria kembali terletak di wajah wajah kami..
tapi..hanya untuk seketika..
ombak kembali besarrr..
rugi la tak amik gambar moment tersebut..masing masing tunduk mulut terkumat kamit..zikir..zikir

dan akhirnya kitorang sampai jugak kelong, memang jauh ah dari darat..jangan mimpi nak berenang berenang ketepian

sebab terlalu penat, non of us kisah nak amik gambar..kekdah tido..ila mancing..saya dan yang the rest pon mancing..memang ombak besar sangat malam tu..angin toksah cite la..boleh terbang kalau berat kurang 45kg..ehem..memang la, melayang jugak la rase..macam nak terbang aje..maksudnya ape???

esok pagi barula masing-masing ada tenaga nak pose dan mancing..so, enjoy the pikca..















ok..dah,malas nk upload lagi..upload upload senget..sakit hati..dah..ape pon saya gembira..





Tuesday, October 26, 2010

just a Quick update

just a bit of something..im at my auntie house..got to send her to air port as she and her husband is going for hajj..so, im gonna update about it later..and also, i just got back from negeri sembilan..it was the most tiring trip ever..i drove from kota tinggi-jb-seremban-kuala pilah-bahau-rompin-palong-gemas-segamat-tangkak-pontian..fuhhh..its a 24 our driving..well that all bebeh..see ya!

misz murai : kau tu kecoh je lebih

Sunday, October 24, 2010

goyang goyang..goyang kepala goyang

ee..tak sebenarnye geli dengan tajuk entry sendiri..ahh persetan..benda minor pon nak heboh..

well..duduk rumah itu memang bosan..bila bosan kita mahukan hiburan!! nada semangat itu penting..kerana apa?? adik adik dah bersediaaa... kerana..ok2, dah macam cerita 'kelasss.. fardhu ain!' jari telunjuk goyang goyang

tengok..baca entry ni saja sudah cukup menonjolkan kebosanan diri dengan bacaan IPU yang tinggi..tak tak..tu bacaan jerebu..

ape kena mengena kebosanan dengan tajuk enty Goyang..

tadi kan..kita dengan kakak kita kan terpengaruh dengan cerita Got To Dance..bila kita dengan kakak kita tengok orang dancing, seperti budak budak shuffle, kaki kita dengan kakak kita terus bergetar dahagakan pergerakan..kita dengan kakak kita terusss dancing macam mad person..euwww..geli guna ayat begitu rupa..kau ingat kau comel ke nyah?,amboi..amboi..amboi..sambil bertaut jari kelingking umpama azwan ali uollls..

beb..memang betul wa cakap lu..wa dancing dancing tadi..mane boleh tahan beb, wa dengar lagu disko disko ati wa panas..tangan wa tak sabar sabar nak cucuk langit..apa lagi, wa dancing la on the floor..wa cakap lu, memang wa berpeluhhh..u know, sweating sweating..wa rasa wa boleh kurus r dancing macam ni..

motif??? berjoget juga satu senaman

misz murai : amaran! ini adalah satu lagi entry mengarut yang korang tak patut baca dari awal..

Friday, October 22, 2010

NAMA UNTUK ANAK WA

fine fine..saya join contest yuyu!!! dari sini..contest comel tu ialah contest yang memaksa visitors untuk jadik followers dengan menawarkan hadiah lumayan..mudah,cuma bagi idea nak letak nama apa untuk bayi-belum-lahir anak saudara cik yuyu..apa yang kita perlu buat cuma bagi idea nama kacak kacak untuk bayi-belum-lahir tu, follow blog cik yuyu, letak gambar yang beliau paksa suruh letak dan tag kan kepada sahabat handai mahupon rakan marhaban mak cik jemah :

contest comel tu suruh saya fill in the blank:

raja ___________shah

ok! ini kerja seriusssss...tak boleh main bubuh bubuh kang badi pulak anak orang...disebabkan 1st prizenye bernilai RM60 keatas, maka saya begitu teruja dan exited cik kiah untuk join contest comel ni!

so..mari kita perahkan otak yang juicy ni untuk pikirkan nama apa la nak bubuh ya..hmm terus bukak buku 'NAMA-NAMA ISLAM'

disebabkan baby-belum-lahir tu baby boy..maka nama nama yang nak bagi ni kena la nama yang menunjukkan kekacakkan dan kejantanan..uh uh..bubuh nama oni boleh?? kih3..tak tak,ini sirius..ehem

tapi cik yuyu lar, saya kurang dapat tangkap beberapa terms n condition la...

ok back to work! kena pikir ni nak bubuh apa..so disebabkan banyak sangat nama nama awesome dalam kepala, so i made a short list..mari kita skodeng:

1. Raja Hurairah Emiruddin Shah
2. Raja sehari Shah
3. Raja sms Shah
4.Raja gelek Shah

hmm dari short list diatas, saya yakin abang aznil, saya kunci NO.1 !!!!

ops..lupa..kena bubuh gamba ni dalam entry ni skali eh cik yuyu??? ulang suara, saya kurang paham terms n condition...

ok cik yuyu..dah dapat dah nak bubuh nama apa untuk bayi-belum-lahir untuk contest comel ni..hihi..

Raja Hurairah emiruddin Shah

misz murai : wee...tak saba nak tengok bayi comel tu..mesti comel macam kawan auntie dia nama hani nadia..ececeh

20 benda tak best yang tak perlu tahu tentang hani nadia

 Ramai tengok blog orang buat macam ni..ehhh mane boleh kalah kak bedah…kena buat jugak..heee  :’>
20 benda orang tak tahu tentang hani nadia :

1.       Suka goyang kaki sebelum tido dan selepas terjaga dari tido

2.       Suka makan kueh mueh tradisional..(wow warisan Negara :,))

3.       Mengidam blackberry dan DSLR

4.       Menanam impian nak sambung medic lepas habis DTMP (ade sapa2 yang kaya nak support?)

5.       Bakal pakai pendakap gigi lepas semua gigi bongsu tumbuh (waa skema nye ejaan..terharu)

6.       Suka makan asam pedas ikan terubok  yang ohhhh----some

7.       Ada seorang anak sedara yang jauh dimata (serius ramai tak tahu)

8.       Suka tengok pondan

9.       Suka tengok kekayaan orang dan cemburu akan kekayaan orang

10.   Tak suka orang cakap banyak

11.   Tak suka sikat rambut (baru la rambut ber-volume) heh

12.   Suka kereta dasat dasat..(uhh I love Hammer)

13.   Mempunyai kulit yang super massive sensitive

14.   Sangat cepat dan mudah exited

15.   Super clumsy..lagi-lagi kalau buat benda serius

16.   Mudah terpengaruh dengan salesman

17.   Sangat sukakan fashion dan teknologi (tapi tak mampu memenuhi nafsu diri)

18.   Jangan tanya apa apa soalan bila hani nadia berfikir, focus, termenung, clumsy

19.   Pandai bawak super bike sejak darjah 3 (super bike = yamaha-cup-merah-lama-ayah)

20.   Bagi air kotak coklat dan roti, saya senyap

Thursday, October 21, 2010

dear diary..

dear diary..hari ni..aku bertemu sang gajah dan sang kancil..

cut the crap la lol..tiba-tiba rasa mcm psycho pulak..tak tak sebenarnye entry ni saya nak cakap cakap tentang diary..ahh bullsh**  tak mengaku pernah ada diary..

bila duduk rumah ni memang masa yang ada melimpah ruah sampai tak tau nak buat apa..kat rumah ade diri sendiri dengan ibu jelita..so? mak pandang ya, ya pandang mak..tinggal tak berduet je..maka,bila dah duduk rumah tu tangan pon gatal gatal nak selongkar laci lama..wah! terjumpa pula diary zaman dinasti cina..terus la exited..berkunci dan bermangga segala bagai..bila baca memang bukan setakat berguling lagi dah,kelaka nak mati la..'harini pegi sekolah, seronok sangat jumpa kawan-kawan..bla..bla..'

duhh..

tapi bila sekarang ni baca memang seronok jugak sebenarnye..tu la point penting yang saya nak cakap pada entry ni, the benefit of having a diary..memang dah kurang dah zaman diary ni,mostly yang ada diary tak masa sekolah pon paling busuk masa study luar..medan pelepas emosi katanya..tapi memang tu la hakikat, diary la tempat kita menjadi diri sendiri..nak sumpah seranah, nak feeling2 cinta dan segala bagai semuanya kita muntahkan kat buku berkunci tu..positifnya ada diary ni, hati mesti tenang bila dah tulis..gaduh dengan kawan pon wajib tulis dalam diary..bila dah baik dengan kawan update lagi dalam diary..dan bila dah besar, dah rasa selfish dengan diary, dah tak ingat akan kewujudan beliau dan bila bertemu kembali bila baca balik hasil penulisan kita akan sedar macam mana diri kita yang dulu..dah boleh kenal personaliti sendiri..good thing kan??

tapi sekarang bila zaman dah moden..semua orang ada lappy,ape kejadahnye nak tulis tulis dalam diary..belog kan adaaaa..blogging sudah..ramai yang prefer blogging sebagai medium nak luahkan emosi..dah tak main dah buku kunci-kunci..paling best sebab blogging boleh carik duet, diary mane dapat beb..tapi..banyak pula penggunaan tapi entry ni..tapi,still masih ada yang gunakan diary dan still ramai suka blogging dan still ramai yang guna kedua duanya, yang ni memang stok emosi sentiasa ah..diary ni kita sorang je baca, blog ni satu dunia boleh baca..so korang??? mana lagi prefer???

Monday, October 18, 2010

revamp

dah lama tak sentuh dashboard..tak tulis dalam kotak kecik diatas, kotak besar di bawah..dah lama tak tekan publish post..fuhhh..gila ah..dah lame tak blogging..tu je motif utama sebenarnya nak cakap..
ape dah jadik dengan blog ni..kenaoa dah jadik warna lain..tuan punya blog sendiri tak tau..maka dengan itu..saya merasmikan..projek 'REVAMP UR BLOG' bermula hari ini!!! oyeh..hah..sape nak join projek??

follower pon bape ketul je nak ade orang join..mimpi..

buat sendiri jela...