Sunday, January 30, 2011

Kita perlukan mereka, tapi kita lupa nak ucap TERIMA KASIH

ini entry serius dari i, i nak menyedarkan masyarakat hari ni. selalu pon asik buat entry merepek, sekali sekali jadi serius baru orang yakin nak ajak pergi majlis. i nak membebel tentang sesuatu yang kita selalu lupa. enough said about melayu mudah lupa sebab cina india pun lupa jugak untuk ucap terima kasih pada mereka mereka yang banyak berkorban untuk kesenangan kita semua. jadi i mulakan dengan mengucapkan ribuan terima kasih tambah jutaan terima kasih sama dengan bilion terima kasih kepada :

1 ) pekerja pelantar minyak


mereka meninggalkan keluarga mereka berbulan lamanya, mana yang ada isteri dengan anak anak terpaksa berpisah. mana yang ada ibu ayah terpaksa tinggalkan mereka, tak dapat pulang beraya bertahun tahun. mereka terdedah kepada bahaya, terdedah kepada pelbagai cabaran. tapi mereka tetap bekerja dan berkorban demi kita semua. kalau tak ada diorang ni, tak dapat i merempit. tak dapat la korang pergi midvalley dan i-city. kereta tak bererti tanpa mereka dan mungkin sistem negara akan lumpuh. kita semua bergantung kepada mereka :')

2) operator


kerja mereka kelihatan simple. tapi hakikatnye, kita selalu lupa untuk berterima kasih. malah, mereka dijadikan bahan lepas geram bila ada masalah yang timbul. hp tak masuk topup pon carik dorang, hp nak aktif 3g pon carik dorang, broadband kena potong pon carik dorang. jadi, ucap lah terima kasih kepada mereka. tanpa mereka, mungkin kita tak boleh nak berhubung sekarang ni. 

3) petani


kau dah la lidah melayu, sehari tak makan nasi terus menggigil la ape la. so, mari kita ucapkan terima kasih kepada para petani. baik petani beras mahupun sayuran. tanpa mereka, lemak yang kita bela tak mungkin dapat beranak pinak. 

4) Pekerja kumbahan


walaupun orang selalu cakap 'jangan tengok najis, nanti jadi pelupa' ..tapi hakikatnya, najis merupakan sumber pendapatan. cuba korang, kalau tangki tahi dah melimpah keluar, ada korang kisah nak bersihkan??  sapa korang carik?? indah water jugak. bukan tu je, kalau bukan kerana individu ini, mungkin negara kita akan dilanda banjir tahi di tahap yang membimbang kan. 

5) makcik cleaner.


yang ni tak payah cakap lebih la. cuma satu je, kalau nampak makcik cleaner nak sapu kat tempat korang, korang bangun la bagi kerjasama. kalau makcik cleaner baru mop lantai, lalu kat bahagian dia belum mop. panas hati woo, baru mop orang dah kotorkan. kalau susah nak cakap terima kasih, bagi la dia rase lega sikit

6) orang selenggara pencawang.


baik pencawang telefon mahupun elektrik mahupun internet. semuanya kita patut hargai. tanpa mereka, sekarang i tak boleh facebooking, korang tak boleh main farmville, hanis zalikha tak bley carik makan dan cik epal tak boleh twittering. 

so, kesimpulannya. i lantik diri sendiri untuk wakilkan rakyat malaysia untuk ucapkan infinity terima kasih kepada mereka mereka diatas dan juga  selain daripada diatas . tiada apa yang mampu kami lakukan untuk balas jasa anda semua. semoga anda semua mendapat balasan yang terbaik daripada yang Esa. terima kasih. 

i love u 



Thursday, January 27, 2011

1001 THANKS!!!!

Alhamdulilah..tup tup i tahu result exam lepas. its 4.00..ok, bagi menghargai diri sendiri, i nak bagi ucapan sikit la..baru boleh feeling menang award 

mula mula, of kos bersyukur sangat sebab dapat result yang baguss. semuanya berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberi i kelebihan kali ini. :)

terima kasih juga kepada emak dan ayah yang sentiasa mendoakan dari jauh perkara perkara baik untuk anak gemoknya ini

i jugak nak cakap terima kasih pada kawan kawan yang sangat supportive, langsung tak kedekut  ilmu dan tak kedekut nota. thanks kepada afifah sebab bagi i fotostat nota beliau bulat bulat memandangkan sifat malas buat nota dan kerana tulisan buruk, bila buruk akhirnya diri sendiri tak faham , maka copet nota orang lain. langkah bijak.

terima kasih kepada siti adibah @ abibah @ didipop kerana beliau banyak menghabiskan sisa sisa masa exam bersama i. thanks sebab sanggup stay up dengar i membebel baca nota. sanggup hafal satu buku dengan pasrah bersama i. terima kasih jugak sebab redha setiap kali i tengking bila tak dapat jawab soalan i. terima kasih jugak sebab selalu goda i untuk tidur awal bila tengok beliau tidur dengan lena. terima kasih jugak sebab menyediakan air teh wangi kegemaran yang kini tabiat itu diwarisi oleh wani...sebab tu sayang rumah 214 :')

terima kasih juga kepada malinie sebab bagi i study atas meja beliau memandangkan i tiada meja study. ada meja pon penuh barang-tak-berguna-buat-semak sahaja. nak study atas katil memang i bantai tidur jelaaaa nanti kan..

terima kasih kepada lecturer sebab tak garang. dan terima kasih sebab tanda paper i dengan hati yang murni. terima kasih sebab sudi besar kecik biji mata tengok tulisan buruk i itu. 

tidak ketinggalan, terima kasih juga kepada kakak kakak dan abang i yang sengaja buat i stress tengok mereka ke singapore. good try guys, it did't affect me at all. bahah. blagak.

dan last sekali, terima kasih kepada otak, mata, mulut, tangan yang banyak main peranan penting bila exam haritu. u done a very good job gurls. *organ = gurls ??? 

ok, itu je lah. time keeper dah signal times up. tetiba. terus rase cam dekat ABPBH

lepas ni kena work hard, kena maintain president list nih, 3 sem in row masih belum cukup. tapi tak pe, sekarang boleh main main lagi. 


Quote of the day

" failure is appetizer..success is desert.."
                                                                                                                         - by hani nadia -

Wednesday, January 26, 2011

Kenapa I yang Excited??


nanti i ada something nak cecite dengan uolls..for those yang dah tahu, cepat buat gaya zip mulut 
silalah tertanya tanya

:)

can't wait for the big day !! 

Tuesday, January 25, 2011

Bila Bendera Bravo Berkibar


bila saatnya bendera ini naik. bukan bermaksud i sangat navy. tetapi bermaksud bermula lah satu kitar normal pada perempuan normal seperti i. 

emosi akan menjadi sangat tidak stabil ketika ini, maka tidak boleh diri tegak tanda hormat pada bendera. 

i akan jadi semakin berkelakuan pelik bila bendera ini naik, i nak marah, nak ketawa, nak menangis, nak menyanyi . hari ini sahaja, i dah berjaya menghiburkan seisi rumah dengan suara diva i yang mengasyikkan. thanks untuk reaksi positif korang  menutup telinga. :")

dan bila bendera bravo berkibar, apa yang i perlukan adalah perhatian. what an attention seeker eyy..

jadi silalah beri perhatian kepada i dengan sepenuh kasih sayang. dalam hati ramai mencarut kan *pergi mampus kau, macam kau sorang reti bendera bravo.

hummmph..see, emosi i kian tidak stabil. sekarang i mengidam nak makan popiah basah plak. tiba tiba .


didalam beremosi, tembolokku berasa lapar


Monday, January 24, 2011

Quote of the day

" Be kind to others, and good thing will happen in any minutes.."

                                                    -by hani nadia-

Sunday, January 23, 2011

Kelantan Trip - at last..fuh

hari yang awesome dimulakan dengan ini 



ajis..aku tahu kau sengaja pura pura lelah sebab taknak pergi sekolah kan?? sebab nak ikut kakak kakak cantik jalan jalan kan?? 

lepas dah setel hal hal di hospital, kami pon bergerak pergi Pasar Siti Khadijah. wajib pergi kalau jalan kelantam. kalau tak pergi tak dapat la feeling tourist.



i kan gila kuih muih..bila sampai pasar ni, tempat pertama i serbu mestilah bahagian kuih, dari rumah i dah sebut sebut sampai umi n diba stress.cepat cepat bawak i pergi. just look at the pic, i terus ade kuasa super speedy bila gelojoh..^_^

gerak gerak gerak khassss..


ini etok-etok. macam kerang, tapi lagi kecil, so nk makan tu makan macam kerang la. . lecturer i cerita, zaman muda remaja dia dulu, dia tengok wayang sambil makan benda ni la instead of  popcorn. i rase, ini senjata bagus untuk baling orang memekak dalam panggung. 


barader-muka-bengis : hak alah minah ni..time ni la kau sibuk nak posing..#^$$%@#% *menyumpah*


ini kuih Lompat Tikam *tiada kena mengena dengan pembunuhan kejam 


the famous Cek Mek Molek


meet this!! TAHI ITIK ..rase smacam tapai sikit. bukan rasa tahi

 

dah lapar, kami naik tingkat 2 pasar dimana situ tempat mentekedarah. banyak kedai yang semuanya murah murah. tapi disebabkan i teringin nak makan laksa, so kita makan laksa la. 

oh..malu nak tunjuk laksa i, sebab laksa i kosong tak ada sayur. haha


sengaja bubuh kasi korang kecur. udang ni besar dua tapak tangan woo..


ini bahagian jual barang barang kering macam keropok, asam, budu dan sepupu sepapat. i gembira sehingga senyum menutup mata 


ini bahagian tengah pasar. bahagian pasar basah


semuanya freshh nab


dah setel membeli,dengan membawa ikan ikan dari pasar, kita cuci mata kat parkson depan pasar siti khadijah. ade aku kesah kalau mall bau hanyir?? haha


then umi bawa i ke Penambang. rumah nenek diba. so akhirnya i dapat bertemu dengan nenek diba yang selalu menjadi topik hangat gosip gosip remaja muda


sebelum i amek gambar dia, dia sikat rambut sendiri, duduk statik..dan..senyum
 nenek sangat comel :)

setelah itu, kami pergi pantai PCB. sayang sebab that time, hp dslr i tiada bateri. maka tak dapat nak posing titanic bagi korang muntah 

then petang tu, kami pergi ke restoran terapung.





ok..balik je, i macam biasa lepak rumah jiran minum teh wangi percuma sambil bermain dengan baby adomm..dah puas main,. kami kemas barang dan balik semula ke tempat jin bertendang iaitu  shah alam kecintaan. :")


dan mulakan hari abnormal i seperti biasa. 

opssss..belum habis..i lupa nak buat list 3 keunikan kelantan...so here u goes :

1) Kalau i jalan jalan di johor, biasanya i akan nampak banyak anjing berkeliaran. tetapi di kelantan. u akan nampak banyak binatang ni berkeliaran di mana sahaja 


kambing biri biri 

2 ) di kelantan. u takkan jumpa cina cakap melayu 'Flem ini manyak laris maa'..mereka sangat fasih cakap kelantan..which are so funny :D

cina ni, telinga tindik. muka fierce habes. kejap lagi, kecek klate. aduhhh..

muka bengis..hati ada taman

3 ) orang yang baik baik :)

sepanjang i ada kat kelantan, i jumpa ramai orang yang layan i dengan sangat baik. so.trofi untuk anugerah individu baik ini i hadiahkan kepada :

- adibah (thanks beb, meh aku peluk cium )
- Umi (umi sgt baik, redha dengan setiap kehendak i ) )
- ajis (kau jangan pura pura lelah lagi)
- ayah diba ( satu satunya manusia yang panggil i nadia kat sana )
- tok ayah (terima kasih untuk biskut kering dan baulu itu :') )
- fadhilah
-mak long 
- mak jah 
- cik som 
- mat adib 
- poksu din
- poksu mat
- zura

dan watak watak lain. love them all!!!

lepas ni wajib pergi lagiiiii.. bahahaha









Saturday, January 22, 2011

i wish for...


ade sapa sapa nak belikan tak?? i am totally crazy over this 

kalau tak dapat yang ni..yang ni pon jadik la 





so camne?? 

siapa belikan dapat pahala menderma :)


Kelantan Trip - Part 2

Esok harinya, Sabtu. pagi pagi kami dah bersiap. macam biasa, sarapan di kedai kegemaran ramai. warung mak long. yes, ianya adalah warung tetapi sila jangan underestimate, sebab warung mak long ade mesin faks ok. luar  macam warung dalam  kalah opis Pm. bahaha..sekali lagi, tiada pose tepi kolam untuk mak long.

siap siap makan, kami pon gerak ke KB mall. kenapa pergi kb mall?? it just a mall la bro. bukan semua negeri pon ade ke?? yess.tapi cuba kau kawan dengan budak kelantan, komfem dorang akan selalu sebut kb mall.tak ke kau meronta nk tengok rupa sebenar kb mall??


ok..percayalah, ianya sama seperti mall mall lain. 


umi diba did a little bit of shopping


pose pose memalukan dari i


a typical fitting room shot

ok lepas dah pusing pusing kb mall, umi and diba bawa i pergi pantai sabak. so pantai ni dikenali sebagai tempat pertama jepun masuk time nk jajah tanah melayu. wehh sejarah i A ok. haha

lihat lah, betapa fresh dan awesomenya otak otak dan satar tersebut. 



biasa i makan otak otak kempas yang warna oren tu. rase memang tepung semata. tetapi, otak otak ni buat i rase ianya sangat yummylisious. rase ikan yang kaw kaw didatangi dengan tulang tulang ikan sekali. i give u three gold star pakcik for your delicious otak otak


muka bermegah kerana dapat makan makanan yang sedap




posing bikini




setelah puas berasa kagum pada otak otak dan satar , kami pon melepak ke rumah jiran tertangga sambil menikmati minuman teh wangi percuma. dapat la i kenal kenal orang kampung :')


i paling sihat, bertenaga dan berwajah exited ..ya..i seorang..hummmm


ini baby adam..sebut betul betul baby adommm

malamnya, ajis menunjukkan kesihatan yang baik. maka tiada lagi harus berkejar ke hospital. so family diba bawa i ke rumah pakcik beliau di   Bachok. umm rumah Mak Dor dan Pakda Nor. i memang datang sebab nak main dengan budak ni sebenarnye.

meet Muna!! ehh..budak di baru pandai jalan, maka..sangat susah nak dapat shot beliau yang statik




akhirnye T_T


dah dok berborak dengan isi rumah tu. tup tup dah tengah malam dah. so kami pon balik, rehat rehat untuk esok. 

to be continued...