Thursday, March 24, 2011

I ada RM621000

Hari ni elaun i masuk..alhamdulilah..pagi pagi lagi turun bas i terus heret Diba ke mesin ATM..bukak purse, capai kad merah..selawat sikit, fuh kiri fuh kanan..mintak mintak duit dah masuk. bila i tekan 'pertanyaan baki' ,  keluar satu nilai 'RM 621000.00' . terlucut seluar uniform i.
biar betul! ni mesti ada silap..ni mesti ada silap..i dah bingung, jantung berdegup laju gila baban kalah kancil turbo..*laju ke?*   terus i tekan batal. i amek kad merah itu, dan i berjalan pergi. mulut masih tertutup rapat, kepala i dah bingung, apa i patut buat? apa i patut buat??  nak bagitaw adibah ke? duiii..kang bagitaw mesti minah skema ni report program manager.i membuat keputusan untuk diam.
selesai kelas English, i pergi lagi check balance akaun i..masih 'RM612000.00'. Ya Allah, ini memang betul, mata i tak silap. spek power 400 i masih jelas. amaigad, apa patut i buat. balik kelas, i terus pergi bank dan transfer duit beratus ribu itu ke 3 akaun berasingan meninggalkan baki RM621 sahaja dalam akaun kad merah.
mungkin ini rezeki..desis hati i..mungkin ini masanya i capai segala angan angan palsu i itu. i tersenyum sendirian. sehingga petang perkara ni masih tidak dihebohkan, i juga tidak mendengar apa apa pemberitahuan dari pihak atasan. so i buat kepurusan memindahkan 'RM100k' kedalam akaun mak i tanpa memberitahu beliau.
i juga pindahkan 'RM50k' kedalam akaun kakak i, ila. sebagai hadiah beliau menjadi kakak yang baik. 'RM50k' kedalam akaun pakdin kerana menjadi abang yang gonjeng, 'RM100k' kedalam akaun ayah i yang tampan , 'RM50k' kedalam akaun abang i epol bagi melicinkin tugas sebagai seorang ayah dan 'RM50k' kedalam akaun kakak i kekdah untuk beliau menikmati makanan korea di korea.
i semak baki akaun..masih tinggal 'RM 200k' ..i simpan 'RM100k' kedalam akaun amanah saham i. baki 'RM100k' i biarkan..kemuadian i teringat pada kawan kawan i..malam tu, i bawa kawan kawan i ke mall, dan memberi arahan mudah 'korang amek la ape yang korang nak, aku bayar'..
masih ada baki 'RM80k'..i derma ke rumah anak anak istimewa yang i wakili sebanyak 'RM20k'..dan bakinya i dermakan kepada surau surau kecil dan juga rumah rumah kebajikan lain dengan transfer ke dalam no akaun yang i salin dari bersamamu dan aduan rakyat.

i gosok mata buat keduaratus kalinya, ya..baki i bukan RM621000.00...nilainya masih sama RM621. bila la KKM nak salah masukkan kosong dekat jumlah elaun i..kalau la betul cite diatas ni kan bagus..haihhhhh..