Saturday, September 29, 2012

Sabun dan Losyen Slim Dr.Johnson (Review)

salam gadis-gadis manis :)

i nk buat confession kat sini bahawasanya BMI i adalah overweight, sabar2 jangan kira BMI korang dulu sebab hari ni i akan berikan rahsia kejelitaan duniawi yang terunggul..wahhh gitueeww kan intro macam rase nak kena penampar setepek. hey ni la bak kate orang, guru kencing berdiri anak murid kencing berlari. hoi tak ade kena mengena langsung ko..

ok begini ceritanya, i ni tengah nak loose weight la kan, yela pompuan mane dalam malaysia ni yang tak pernah berazam untuk kurus dengan penuh tawadduk kan? so bila dah nak kurus ni, semangatnye berkobar kobar sangat sampai rase nekad tanam dalam diri 'aku sanggup lakukan apa saja!' sambil rase bakal ada sinar kejayaan. tapi tula, semangat nye sekejap je. kalau tang diet tahan makan tu, azam kuat dari pukul 8 sampai 12. pukul 1 dah mengigil gigil mintak nasi kan. well, i macam tu jugak. usaha tahan makan i dan hanya makan lauk tak berpanjangan, hari ke3 i dah turun naik penimbang tengok ade perubahan tak. bila timbang langsung tak berubah terus i give up sambil rase diet tak berkesan.

sampai la i jumpa satu produk kurus ni, sabun dan losyen kurus ala-ala krim mustajab tu, tapi yang ni jenama Dr.johnson. .maybe ade yang pernah dengar kot. i nak sertakan gambar, tapi bila tengok gambar kat botol die tu agak 18sx terus xjadi i, kang tak masuk masuk malaikat, eh rumah ke? teheh..

i guna sehari 2 kali sabun dan losyen..dan perubahannya memang menarik..dalam tempoh 2 minggu..pingang , perut , punggung rata2 loose sampai 3-4 cm..kira ok la kan, bukan i jaga makan pon. makan masih persis hantu raya. nak kate senam pon tidak,. haa nampak tak ? berkesan kan..so fo those yang nak cuba cuba tu, cuba la..ehh tetiba promote kan..tak de lah, i cume nk kongsi untuk kecantikan kita bersama..ok good luck guys..

Sunday, September 23, 2012

23 september

today is pakdin's birthday..and sadly, today is also the day that our family receive a very devastated news, which is my cousin just passed away this morning around 6am. what can i say, the sunniest day don't last forever.

dalam pukul 7 macam tu,mak dapat panggilan dari makcik i..mak dengan suara petirnya rush kami siap siap untuk cepat sampai ke rumah arwah sebelum dikebumikan. kami sampai around 9 macam tu, but u know what, we are the only family who reach there in the morning, the rest arrived around afternoon macam tu. rupanya the body pon bukan dekat rumah tapi semuanya disetelkan kat hospital jugak.

memandangkan arwah pon tak sampai rumah lagi, kami keluar luch sekejap *walaupon melawat still ade luch, ko hado?* ,keluar ni pon sebab nak celebrate birthday boy, kang tak sambut kang mau guling2 tepi kubur kang mintak kek, mane nak carik???

agak lama jugak kami semua stay rumah pakcik i tu, dalam pukul 6 baru arwah sampai and dikebumikan. seolah2 bermacam urusan yang menjadi penghalang dan melambatkan urusan.

but satu benda i amek sebagai tauladan hari ni, sebagai manusia yang masih diberi nyawa ni, sentiasalah ingat pada Allah, ibuayah, keluarga dan akhirat..sebab apa yang kita sajikan di dunia ni, itulah yang Allah akan balas..sedap sajian kita, sedap jugak la ganjaran kita. i tak nak buruk burukkan siapa2, tapi ini sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa kita hidup di dunia ni adalah untuk mengumpul amalan untuk dibawa keakhirat.




Saturday, September 22, 2012

Senang bila Susah

I begitu berbangga kerana kini i seorang yang jobless. bukan sahaja jobless malah menghabiskn sisa sisa hidup dengan melakukan perkara langho dan sangat tak berilmiah. sejak habes sekolah back then tahun 2007, i tak ada masa nak mengangkang kat rumah membesarkan punggung, malah i terpaksa membesarkan punggung di matrikulasi selama setahun, tak cukup dengan itu i terpaksa sambung medical lab selama 3 tahun. akhirnya setelah menggunakan kebanyakan tisu saraf yang i ada, akhirnya i selangkah ke hadapan untuk memasuki alam pekerjaan.

memang ramai yang cakap 'hoi untungla student kkm , kerja cari kau bukan ko cari kerja' , obvious sangat ni  kata-kata orang cemburu..bahah. i terima ni dengan senyuman sebab memang betul, tapi hakikatnya nak tunggu posting tu mau berakar punggung i *eh banyak sebut punggung * , some seniors says that it took them 6 month and above untuk tunggu panggilan. maksudnya di situ i kena la menggangur sampai i di panggil, what a waste of time rite??

disebabkan sifat i yang tak gemar duduk saja saja, malah adalah berasa sanga bosan kalau hari hari i cume melengkor atas katil bangun masa matahari dah nak terbenam. so i decide untuk cari la kerja sementara nak tunggu posting. memang tindakan kurang bijak sebenarnya sebab i langsung tak tahu macam mana nak cari kerja. ok boleh hina i sekarang, 'puihh dasar spoil brat', beb i memang langsung tak terdedah, salah i ke??

berbekalkan resume yang janji ada, i pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk cari kerja. atas dasar sayangkn haiwan, i aim untuk kerja di petshop atau klinik haiwan, i tau risiko binatang naharom macam anjing, tapi what can i say they are also ciptaan Allah kan. tapi sayang, apa yang i nak i tak mampu dapat. i pergi klinik dengan harapan resume mantop i sebagai medical student boleh bagi bonus untuk i, tapi i silap, job tu hanya dibuka untuk lulusan SPM dengan gaji bulanan RM600. well, i redho.

hampir 10 tempat i pergi untuk apply kerja, but none of them are open for any job vacancy. in the end, i give up. if this what it takes to get a job then i sedar bertapa i bertuah menjadi student kkm yang kerja memang dah terbentang depan mata. bila i fikirkan, macam mana la orang lain yang tak habis sekolah tu nak dapat kerja yang mampu tanggung keluarga. lagi-lagi yang mana dah ade anak..oh no, i tak boleh imagine. mesti tak dapat nak berlibur di hujung minggu.


ape i dapat simpulkan is, kita tak kan rase senang selagi kita tak rase kesusahan tu. i betul betul ambil iktibar, sedangkan nk kerja jadi sales girl pon kena interview *uhuk firstlady uhuk*  apetah lagi kerja kerja lain. so for those yang terbaca entry ni and especially anda adalah seorang pelajar sekolah, teruskan belajar dengan berusaha supaya anda berjaya dan tak perlu hidup susah.

serius betul entry kali ni..till then..salam keinsafan dari kakak gajus..daaaa


Friday, September 21, 2012

Comeback kid

assalamualaikum..

puihhh..puih...ni sound efek ketika menghembus habuk yang melambak2 kat blog ni sambil mengencis air liur..betapa tidak dijenguk-jenguk langsung blog ni..nasib la takde siapa peduli, kalau i ni top blogger mau nye saham nuffnag merudum akibat anak emas kini lupa daratan..

rupanya dah setahun lebih i meninggalkan blog ni, ingat nak buat mega comeback lah kan, tapi hoi sekali lagi ditekankan memang takde siapa kesah aku ade ke tak..same je nok jah..

i agak terpanggil untuk menulis semula, nampak sangat jenis bersungguh suam suam kuku..hahaha..actually, bukan i sengaja tak mau update, tapi sebab i begitu sibuk dengan hidup i yang tak semenggah mana tu..memandangkan sekarang i dah habes pon belajar, so why not sambil  mengganggur kita berfikir kan..yela, i rase sejak duduk rumah jadi orang jobless ni, tahap IQ i semakin rendah mencanak canak..manenye tidak, bangun bangun tengok tv cerita lagho, lain lah bangun bangun bukak enciklopedia terunggul sambil makan kismis sehari 7 biiji kan..

so yes, i akan kerap update lepas ni..insyaallah la, dengan cerita yang lebih menarik..eh kau janji palsu lagi..

salam pretty dari i yang gajus ni..daaa