hari yang awesome dimulakan dengan ini
ajis..aku tahu kau sengaja pura pura lelah sebab taknak pergi sekolah kan?? sebab nak ikut kakak kakak cantik jalan jalan kan??
lepas dah setel hal hal di hospital, kami pon bergerak pergi Pasar Siti Khadijah. wajib pergi kalau jalan kelantam. kalau tak pergi tak dapat la feeling tourist.
i kan gila kuih muih..bila sampai pasar ni, tempat pertama i serbu mestilah bahagian kuih, dari rumah i dah sebut sebut sampai umi n diba stress.cepat cepat bawak i pergi. just look at the pic, i terus ade kuasa super speedy bila gelojoh..^_^
gerak gerak gerak khassss..
ini etok-etok. macam kerang, tapi lagi kecil, so nk makan tu makan macam kerang la. . lecturer i cerita, zaman muda remaja dia dulu, dia tengok wayang sambil makan benda ni la instead of popcorn. i rase, ini senjata bagus untuk baling orang memekak dalam panggung.
barader-muka-bengis : hak alah minah ni..time ni la kau sibuk nak posing..#^$$%@#% *menyumpah*
ini kuih Lompat Tikam *tiada kena mengena dengan pembunuhan kejam
the famous Cek Mek Molek
meet this!! TAHI ITIK ..rase smacam tapai sikit. bukan rasa tahi
dah lapar, kami naik tingkat 2 pasar dimana situ tempat mentekedarah. banyak kedai yang semuanya murah murah. tapi disebabkan i teringin nak makan laksa, so kita makan laksa la.
oh..malu nak tunjuk laksa i, sebab laksa i kosong tak ada sayur. haha
sengaja bubuh kasi korang kecur. udang ni besar dua tapak tangan woo..
ini bahagian jual barang barang kering macam keropok, asam, budu dan sepupu sepapat. i gembira sehingga senyum menutup mata
ini bahagian tengah pasar. bahagian pasar basah
semuanya freshh nab
dah setel membeli,dengan membawa ikan ikan dari pasar, kita cuci mata kat parkson depan pasar siti khadijah. ade aku kesah kalau mall bau hanyir?? haha
then umi bawa i ke Penambang. rumah nenek diba. so akhirnya i dapat bertemu dengan nenek diba yang selalu menjadi topik hangat gosip gosip remaja muda
sebelum i amek gambar dia, dia sikat rambut sendiri, duduk statik..dan..senyum
nenek sangat comel :)
setelah itu, kami pergi pantai PCB. sayang sebab that time, hp dslr i tiada bateri. maka tak dapat nak posing titanic bagi korang muntah
then petang tu, kami pergi ke restoran terapung.
ok..balik je, i macam biasa lepak rumah jiran minum teh wangi percuma sambil bermain dengan baby adomm..dah puas main,. kami kemas barang dan balik semula ke tempat jin bertendang iaitu shah alam kecintaan. :")
dan mulakan hari abnormal i seperti biasa.
opssss..belum habis..i lupa nak buat list 3 keunikan kelantan...so here u goes :
1) Kalau i jalan jalan di johor, biasanya i akan nampak banyak anjing berkeliaran. tetapi di kelantan. u akan nampak banyak binatang ni berkeliaran di mana sahaja
kambing biri biri
2 ) di kelantan. u takkan jumpa cina cakap melayu 'Flem ini manyak laris maa'..mereka sangat fasih cakap kelantan..which are so funny :D
cina ni, telinga tindik. muka fierce habes. kejap lagi, kecek klate. aduhhh..
muka bengis..hati ada taman
3 ) orang yang baik baik :)
sepanjang i ada kat kelantan, i jumpa ramai orang yang layan i dengan sangat baik. so.trofi untuk anugerah individu baik ini i hadiahkan kepada :
- adibah (thanks beb, meh aku peluk cium )
- Umi (umi sgt baik, redha dengan setiap kehendak i ) )
- ajis (kau jangan pura pura lelah lagi)
- ayah diba ( satu satunya manusia yang panggil i nadia kat sana )
- tok ayah (terima kasih untuk biskut kering dan baulu itu :') )
- fadhilah
-mak long
- mak jah
- cik som
- mat adib
- poksu din
- poksu mat
- zura
dan watak watak lain. love them all!!!
lepas ni wajib pergi lagiiiii.. bahahaha