Wednesday, March 30, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Im a Forever 21

Berbakul Terima kasih pada sahabat sahabat kecintaan untuk bithday i yang ke-21..time ni, masih tidak malu untuk show off umur, tengok la kang cecah 40-an terus tak nak tulis yang keberapa..bahah..oh, by the way celebration ini biasa sahaja, kau ingat aku paris hilton ke hape nak sambut kat london paris segala?? orang ingat besday kau dah kira bagus :P


pada awalnya, i langsung tak terhidu apa apa niat mereka ini..sehingga i sendiri ternampak mereka ini berusaha untuk sorok sorokkan kek dari pengetahuan i dan menggunakan suprise yang tipikal. pleas la weh, lepas ni boleh guna tektik lain dah..haha

walaupun sudah bersedia untuk disuprisekan, still i sangat teruja dan begitu exited bila tengok muka muka ini berdiri depan pintu dalam gelap sambil nyanyi 'happy birthday to youu.....'

















gosh, im gonna miss them..tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak duduk sini..i love u bebeh!!\

p/s : sori yek, pic pic lain tidak dapat dipaparkan atas dasar sifat seperti beruks selepas memotong kek :)


Thanks!!

terima kasih untuk semua birthday wishes!! terima kasih girlfriends for the suprise birthday party yang dah tak suprise..tremendous love to all of u..god knows how much i love  u :')

 

Monday, March 28, 2011

Lucky 2011

i copy dari kawan chinese i..


'tahun ini, kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11 , 11/1/11 , 11/11/11. serta bukan itu sahaja, cuba ambil dua nombor terakhir tahun kelahiran kita dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. keputusannya ialah 111. ini ialah tahun kekayaan..!!. pada bulan oktober nanti akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu, ini hanya terjadi sekali setiap 823tahun. tahun seperti ini dikenali sebagai 'BEG KEKAYAAN' '



Sunday, March 27, 2011

Sedetik Lebih - Anuar Zain


Lirik Sedetik Lebih – Anuar Zain




Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, March 26, 2011

ScribeFire

Berapa banyak blog yang u ada? 2? 3? 1? ..leceh tak kalau nak sing in satu satu each time nak merepek dekat blog u yang berbeza..dan juga, leceh tak bila ada satu blog, dan setiap kali nak buat new post kena bukak main blog dulu. so sini, i nak share cara lebiih mudah dan berkesan mengikut teknik jakun kakak manis .

i baru je jumpa benda ni, i tahu i sangat last year. maybe ramai yang dah tahu, tapi takpelah, i share jela.

i merupakan pengguna setia Google Chrome, ada setengah suka Mozilla dan juga Internet Explore. salah satu sebab kenapa i suka chrome sebab dia punya design yang lebih urban dan juga lebih mudah. Application yang i nak cerita ni juga dari google chrome iaitu dari Chrome web store.





u klik situ, dan u akan nampak berpuluh puluh application baru yang sangat awesome. tak percaya?  pergi cekidout sendiri :)


sebagai blogger, app ScribeFire ni memang memudahkan gila. bila kak senduk guna app ni mesti dia update setiap hari .u boleh klik  je nak edit post dengan pilih post mana u nak dan u boleh ubah ke blog lain dengan mudah dengan klik je pilih blog mana tanpa perlu sing in dan sign out. tak paham? i pon tak paham..haha..pergi check sendiri la..anak manje ni nak kena sepak yaa..^_^






selain dari ScribeFire ni, ada banyak lagi app menarik u boleh try dan ianya FREE!! hah..awak kaki subsidi, dengar free terus teruja. yesss its free yall..walaupun beruk i lembap, still i boleh download dengan sepantas kilat..zussss! wah sound efek gituww..antara app menarik i dah cuba macam Feedly , Google Mail Checker ,Stickies dan banyak lagi..next time i update cerita yang lain pula ya..bertemu lagi kita pada hari dan waktu yang sama dalammmmmm..ok baik i stop sebelum i meraban..daaa



Thursday, March 24, 2011

I ada RM621000

Hari ni elaun i masuk..alhamdulilah..pagi pagi lagi turun bas i terus heret Diba ke mesin ATM..bukak purse, capai kad merah..selawat sikit, fuh kiri fuh kanan..mintak mintak duit dah masuk. bila i tekan 'pertanyaan baki' ,  keluar satu nilai 'RM 621000.00' . terlucut seluar uniform i.
biar betul! ni mesti ada silap..ni mesti ada silap..i dah bingung, jantung berdegup laju gila baban kalah kancil turbo..*laju ke?*   terus i tekan batal. i amek kad merah itu, dan i berjalan pergi. mulut masih tertutup rapat, kepala i dah bingung, apa i patut buat? apa i patut buat??  nak bagitaw adibah ke? duiii..kang bagitaw mesti minah skema ni report program manager.i membuat keputusan untuk diam.
selesai kelas English, i pergi lagi check balance akaun i..masih 'RM612000.00'. Ya Allah, ini memang betul, mata i tak silap. spek power 400 i masih jelas. amaigad, apa patut i buat. balik kelas, i terus pergi bank dan transfer duit beratus ribu itu ke 3 akaun berasingan meninggalkan baki RM621 sahaja dalam akaun kad merah.
mungkin ini rezeki..desis hati i..mungkin ini masanya i capai segala angan angan palsu i itu. i tersenyum sendirian. sehingga petang perkara ni masih tidak dihebohkan, i juga tidak mendengar apa apa pemberitahuan dari pihak atasan. so i buat kepurusan memindahkan 'RM100k' kedalam akaun mak i tanpa memberitahu beliau.
i juga pindahkan 'RM50k' kedalam akaun kakak i, ila. sebagai hadiah beliau menjadi kakak yang baik. 'RM50k' kedalam akaun pakdin kerana menjadi abang yang gonjeng, 'RM100k' kedalam akaun ayah i yang tampan , 'RM50k' kedalam akaun abang i epol bagi melicinkin tugas sebagai seorang ayah dan 'RM50k' kedalam akaun kakak i kekdah untuk beliau menikmati makanan korea di korea.
i semak baki akaun..masih tinggal 'RM 200k' ..i simpan 'RM100k' kedalam akaun amanah saham i. baki 'RM100k' i biarkan..kemuadian i teringat pada kawan kawan i..malam tu, i bawa kawan kawan i ke mall, dan memberi arahan mudah 'korang amek la ape yang korang nak, aku bayar'..
masih ada baki 'RM80k'..i derma ke rumah anak anak istimewa yang i wakili sebanyak 'RM20k'..dan bakinya i dermakan kepada surau surau kecil dan juga rumah rumah kebajikan lain dengan transfer ke dalam no akaun yang i salin dari bersamamu dan aduan rakyat.

i gosok mata buat keduaratus kalinya, ya..baki i bukan RM621000.00...nilainya masih sama RM621. bila la KKM nak salah masukkan kosong dekat jumlah elaun i..kalau la betul cite diatas ni kan bagus..haihhhhh..

Wednesday, March 23, 2011

kisah debaran spm

Hey ho..semua orang sibuk sibuk pasal result SPM keluar hari ni..ape ape hal pon, tahniah untuk siapa siapa yang dapat result meletop..mana mana result camnyeharam, silalah berusaha bukak bisnes roti jala mulai esok..its not the end of the world la dik..perghhh terus terimbau kenangan amik result dulu. pagi pagi bangun terus berdebar gila babas, bukan berdebar result teruk tapi berdebar nak tengok reaksi family bila tau result..harapan makayah kakak abang tinggi betul..memang cuak tahap kronik

i press motor RG biru, pergi rumah sahabat semeja iaitu Ain untuk angkut beliau pergi ambil result. berdebar lagi. sampai sekolah, jumpa kawan kawan muka taklehblacuaknaktunjuk. semua nak gengam tangan sejuk. pergh berdebar lagi

kat depan cikgu dah siap setting tempat untuk umum result pelajar cemerlang. memang emo bila i tengok. ade beberapa je hadiah untuk pelajar cemerlang. harapan time tu adalah zero.dan i semakin berdebar.
lepas sekentut dua mendengar pengetua membebel kat depan. its time untuk umum result. masa time ni toksah cakap la berdebarnye, lagi berdebar dari mimpi ngeri muka botox rosmah mansor. tapi debaran i terhenti bila Wak Nan call.

'Tahniah!! dapt result *****!!!'

goshh..how come ayah tahu lebih awal result i?? sekarang, i dah tahu result..terus spoil debaran i tadi sekaligus i tak dapat berdebar sama sama dengan kawan kawan i yang lain. result i dah bocor sebab makcik i dah semak siap siap result i dan bagitau family. tahniah kepada ayah sebab berjaya tak simpan rahsia T_T
so end up..kawan kawan semua berdebar bukak sampul result, dan i..huhhhh..dah spoillllll..thanks ayah -_-






'Terima Kasih Kak Nab sebab ubat rindu Kak Jah' 

Tuesday, March 22, 2011

Layang Layang tet tet tet

Seminggu i cuti duduk rumah tapi hanya sehari je i dapat spend masa dengan satu family betul betul.the rest, i telah habiskan dengan bermain kucing, membaja pokok, tidur dan makan. sangat useless.tambah 4kg

sudahlah cuaca kat negeri kecintaan hari hari hujan. tak hujan pagi, hujan petang..so bila kakak tanya 'Apsal tak mandikan kucing??'  i akan blame hujan. boleh nampak kaitan tak?? 

akhirnya, satu hari je cuaca sangat membanggakan. terus teruja pergi main layang layang. kan dah cakap, family i suka main layang layang. Wak Nan la paling teruja. 



kakak i pakai jumpsuit taw, bukan baju tidur..huahuahua



oh itu yang kakak i show off tu 'Stunt Kite', i baru tahu Wak Nan beli dengan harga RM360. pitam


gambar sendiri of kos i tak nak komen 





kau ingat kau shantek??










pehh tunjuk skill, tu dia..tu diaaa








it take 20 times to get one perfect shot. syabas beteh T_T




masa untuk balik


menampilkan watak khas..drum drum drum..Kak Faridah *feeling muda ni panggil kakak

itu emak  i ^_^

Monday, March 21, 2011

Ayah dalam botol budu

Ayah i ada job transfer ke Terengganu so i selaku anak yang prihatin bertanya kepada ayah
hani jelita : Ayah nanti kena kerja dekat mana yah??
ayah tampan : Anu..dekat situ tu..ape nama dia..dekat proses minyak tu..
emak gojes : Ayah kerja dekat Ketereh tu la
hani jelita : mak..Kertih la..Ketereh tu cap budu


budu cap ketereh

'ayah kerja dekat *botol budu* tu la' 

hahahahahahhahaha..mak, u so funny!!

Saturday, March 12, 2011

I bebas nyah

Buat ombakkkk..wuoooo...buat ombak..wuoooo..sang cacat, ape kau merepek nih??  

EXAM DAH HABIS!!! 

setelah 2 minggu i menghabiskan masa mentelaah *wah*, akhirnya..akhirnyaaaa..i dapat kembali semula ke pentas dangdut..

esok i nak balik kampung jumpa emak comel dan ayah tampan..oh, semalam i mesej pakdin abang i :

 

hani jelita : pakdin..i miss u..do u miss me??

pakdin tak hensem : pulang lah kepangkuan keluarga nadia..

hani jelita : esok ya balik ah, cuti seminggu uhh...ya jadi anak tunggal mak ngn ayah..hahahahaha

pakdin tak hensem : dah tentu gua kat rumah sekarang ni, baru balik..gua cuti seminggu jugak

T_T 

 

berlinangan air mata darah..angan menjadi anak tunggal ku musnah..

Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun

Have u heard bout it?? Ya Allah..we all shall pray to him to ensure our loved ones are well protected and safe..im not showing u guys the phenomenol because u see it everywhre..all i want to share is a map, just look at the map..where does japan located and where are we?? were so near!!  ok, i can see philippines can be our protected barrier :P  

guys,now..pleas..all of us pray and pray and pray..we have zero power to stop the tsunami..but we have Allah s.w.t...keep on believing and praying for our relative out there...

i see all the tsunami video that been post by friends on facebook..subhanallah..

 

Monday, March 7, 2011

this is a testing..testing..

kucing cacat

i tak sure ni normal ke tak, tapi kucing i muka yakin gila pose macam ayam panggang. nama dia Jacko bersempena artis kegemaran beliau iaitu michael jackson. 




kau tengok mata jacko pejam pejam..tangan kembang kembang nak tunjuk sedap sangat dapat mengelunjjur macam ni.



Saturday, March 5, 2011

Vocab kakak manis

Dah lama i tak update blog..abes, i tak de bahan..takkan nak update benda merepek?? kang kena kecam percuma ..tapi hari ni i ingat nak bagi vocab baru la kat uoll..lama jugak tak guna vocab ni..

1 . kecah : kecoh @ heboh

cth : "hak ala..kecah no kau..rilek sudah ah"

2. waklu garong : hotak kau @ gila kau

cth :" waklu garong nak cekik kucing ni "


bahasa agak kasar disini..bahah..