Sunday, November 14, 2010

Dugaan

setiap manusia itu sepanjang hidupnya akan sentiase diuji dengan dugaan

dan kita perlu percaya bahawa tuhan hanya menguji hambanya yang layak diduga

anggap la diri kita istemewa apabila diduga

kerana setiap dugaan yang tuhan berikan akan didatangi dengan hikmah yang penuh dengan keindahan

dan percayalah bahawa tuhan menguji kita supaya kita sedar akan setiap kesilapan yang kita lakukan

Friday, November 12, 2010

GEO LENS


Tempahan untuk GEO LENS dibuka sekarang untuk semua \*0*/

horeyyyy..dengan harga yang lagi murah daripada orang lain jual..no, saya tak jual yang fake ok..hanya yang original sahaja dijual disini

hanya dijual kepada orang yang bersungguh sahaja..untuk mereka yang rasa tak yakin nak pakai, boleh la mula belajar dari sekarang.. 

ini adalah lens yang saya jual, setiap penerangan ada kat bawah setiap gambar..kepada yang berminat cuma perlu email kan pada saya perkara perkara penting berikut :

1. Nama
2. Email Address
3 . Phone number
4. Order List & enquiries , (contoh : CM833 RIGHT (1.00) LEFT (1.25) )
5. Alamat untuk saya pos

semua perkara ni perlulah dihantar ke hani_nadia@yahoo.com

saya pastinya akan reply mail yang dihantar secepat mungkin dalam tempoh 24 jam

PLANO - 0.00
POWER AVAILABLE - 0.00 - 10.00

mari, kita cuci mata

 *sila klik pada gambar untuk lebih jelas





 NUDY 
RM36
POWER AVAILABLE : CH624,CH625
PLANO ONLY : CH621,CH622,CH623,CH932


SUPER CIRCLE LENS
POWER AVAILABLE : XCK105
RM36


GEO BLACK CIRCLE
POWER AVAILABLE : CK107
RM35


ANIMATION & CRAZY LENS
PLANO ONLY 
RM35


2 TONE LENS
POWER AVAILABLE : ALL
RM35


MAGIC CIRCLE LENS
PLANO ONLY
RM48



TWIN SERIES LENS
PLANO ONLY
RM36


WING SERIES LENS
PLANO ONLY
RM35

*NEW SERIES
HURRICANE LENS
PLANO ONLY
RM36
















kat bawah ni ialah lens yang dari siri baru..saiz masing masing ialah 15mm, kalau dh 15mm ni maksudnya memang besar la..tapi sayang, ianya plano sahaja..tiada power



RM36

yang ni saiz 14mm - 14.8mm
TEAR LENS 
BROWN : CM839
GREY : CM838
PLANO ONLY
RM36



-SUPER NUDY COLOR 
POWER AVAILABLE : XCH624,XCH625
PLANO ONLY : XCH621,XCH622,XCH623
RM36

-SUPER ANGEL COLOR 
POWER AVAILABLE : XCM214,XCM 215
PLANO ONLY : XCM211,XCM212
RM36

-SUPER CIRCLE LENS 
POWER AVAILABLE : XCK-105
RM36

Thursday, November 11, 2010

MEGAMIND review

Pernah tak korang tengok cerita watak the villain a.k.a antagonis jadi hero?? kalau ada pun jarang jarang kan..kalau kat india ni, hero wajib menang,kalau hero mati habis satu panggung kena bakar..ok, sumpah tak tipu! bohhhh--san la kalau balik balik hero kalah awal lepastu mesti menang.. - _-

tapi kali ni, cerita yang saya nak review adalah sebaliknya!! ya! vice versa..its MEGAMINDDDDDD...


"the superhero movie will never be the same"

siapa sangka mahluk si botak-biru-kepala-besar ni sebenarnya lurus bendul dan romantik?? ya, romantik..watak dia yang bongok dan lembab menjadikan dia adalah villain yang paling tak digeruni dan kelakar..the best part bila dia dah berjaya menjadi jahat dan bosan jadi jahat bila tiada lagi orang baik untuk dijadikan saingan..akhirnya dia cipta hero dia sendiri yang end up menjadikan dia hero..got it? no?


jalan cerita Megamind memamg klise habis..u, yes u budak darjah 2..i know u boleh agak jalan cerita ni kan? kan?

walaupun jalan ceritanya klise, tapi cara dia bawa menjadikan kita rasa 'ahh,walaupun tipikal cerita kartun tapi tetap best!'  jalan cerita sangat smooth..untuk sesiapa yang stok gigit jari tengok movie, yes..dah boleh turun tangan dan tengok dengan rilek sebab cerita ni memang tak memberi apa apa tekanan langsung..duhh, cerita kartun..apa lagi kau mau..

cerita jadi makin kelakar bila watak hero yang klise diwujudkan..asal hero je mesti badan taf, baju ketat, muka panjang, dagu lekuk..haha..


tak tau nak ulas macam mana lagi dah..kau tengok sendiri ah bedah..ape pun cerita ni kelakar..memang kelakar gila..ok kelakar sangat..beb serius, kalau dah cakap banyak kali ni maksudnya kelakar la tu..

dah dah..tak payah pening pening nak pikir 'emm nak tengok life as we know it ke megamind??'  ya kiten, aku cakap pasal kau..ya..kau





Wednesday, November 10, 2010

Tips senang bangun pagi

Perkara ini normal..tapi tak normal bila sampai tertinggal waktu subuh..yes..awk..selalu tinggal subuh kan? cepat mengaku dalam perhimpunan..hmm ni masa zaman baju putih kain biru..sekarang dah besar panjang, ok sekejap..kenapa besar panjang, adakah besar gemuk tidak boleh? ok, stop it nadia..kau dah mengarut..fokus..

nak tidur senang je, bukak buku..tak payah habis satu bab, 2-3 baris perkataan pon dah gelap dunia lepastu..tapi bila nak bangun memang nak tunggu orang baca yasin kat telinga baru nak ade kesedaran untuk bangun agaknya 

oleh sebab kakak manis baik hati hari ini..maka dihadiahkan dengan tips tips suci untuk semua..ya tips untuk bangun pagi sahabat..sopannya 

so here u are :

1. Buat aktiviti pada waktu malam..no, bukan sukan neka..tapi aktiviti yang boleh buat korang tidur awal dan rasa suci..contoh macam mandi air panas, baca buku harian kalau korang spesis benci buku teks la atau paling simple selubung kan badan dengan selimut dan nikmati keenakan dan keempukan tilam..komfem senang je nak lelap *disahkan


2. Nadia!!! tutup tv tu sebelum mak picit masuk dalam tv!! yes..tutup tv tutup lappie tutup semua benda yang boleh membuatkan korang hayal sampai lupa untuk tidur..kalau facebooking memang tak hengat budak zaman sekarang ni..

3. Jauhi minuman berkafein..ape minuman yang berkafein?? kopi, nescafe, air bergas juga ada cafein..jadi jauhkan semua ni, kalau rase esok pagi nak bangun senang, jauhkan minuman kafein pada siang hari..walaupun kadang kadang pertikai 'eh, saya minum nescafe senang je tido??' itu sebab awk amik malam hari..kafein tak sempat bertindak awk dah tido..camno


4. Jangan makan makanan berat pada malam hari..habis kalau dah lapar nak buat macam mana..boleh makan, tak suruh pun diet..dengan syarat makan la makanan yang ringan ringan..oh gedik nak suruh bagi idea makanan ringan..awk boleh cuba makan salad,roti ke..ape? benci sayur? makan la buah buahan..yang penting  jangan makan makanan yang berat sebab nanti perut kita gembira, kita rasa senang nak bangun pon berat je rasa..


5. Morning sunshineee!! biarkan  morning breeze masuk bilik..macam mana tu?? ok lepas dah bangun subuh terus sambung tido kan? kan? ape kata, bangun subuh tu..buka semua tingkap dan biarkan udara pagi masuk bilik..bila rasa segar, otak rasa cerdas maka kita pun rasa cergas..tak nak tidur lagi dah



6. Well basically benda ni atas individu juga..nak bangun atau tak semua terletak pada motivasi diri..u nak sihat u kena jaga waktu tidur u..u nak berkantung eye bags tu u punya masalah..ok, got it?? so amalkan macam kekdah my sistah selalu buat..set kan alarm lagu spongebob 'its the best day everrrr' yang memang practically buat u rasa tak sabar sabar nak nikmati hari hari u yang best..ok cukup..saya membebel ni..hentikan


guna la tips tips suci yang saya bagi ni untuk mereka yang selalu ada monday bluessss..hari sabtu tak apa..

Tuesday, November 9, 2010

eye shadows 88 palette

ini idalah entry review stuff..baik hati kan saya mengreviewkan untuk orang lain..heee  so yes, kali ni saya nak review eye shadows 88 palette. memang banyak sangat la eye shadow yang terjual sekarang ni sekali banyak..benda macam ni memang memudahkan..semua warna ada pada satu bekas..tak ade la nak pening pening sehari hilang satu warna..kan..jenama yang saya nak review ni pernah di review kat yourshoppingkaki .NIKITA tau sure la dari negara mane..korea ke..jepun ke..atau  kuala pilah..tak sure..tapi yang saya sure..ianya cool..setelah 20 tahun hidup, akhirnya saya jatuh cinta pandang pertama..ye, dengan si warna warni ini..




ok ni pulak beberapa skill yang tak seberapa..well honestly, ni memang main calit calit..sumpah aku tak pernah tahu pakai eye shadows macam rozita che wan 
















wasn't bad at all ait?,no?  warnanya memang jelas, walaupun eye shadows ni jenis shimmer, tapi memang warnanya lebih menonjol dari shimmer tu..tak tipu..untuk remove pulak memang senang sangat ah wa cakap lu..ila my sistah gosok gosok mata dia and eye shadows tu dah boleh hilang..easy beasy girl..yang mana nak amik wuduk tu tak payah kecoh kecoh wuduk tak sah..eye shadow ni sure buat korang rasa nak sambung solat sunat sekali..  :")

for those yang risau muka berminyak dan takut eye shadow ni meleleh atau menjadi hot-doh, jangan risau sebab saya sendiri yang kulit berminyak 1 liter ni pon masih yakin untuk pakai..best la eye shadow ni, rasa macam nak pakai hari hari..nak pakai masa tido macam drama la..



Friday, November 5, 2010

keeping up with the adnan's

awesome kan cuti kan?? yehh..saya cuti sekarang..memang ohhhhh--some...
hujung minggu hari tu, kami satu family..bukan family anak-anak wak nan sahaja, tapi disertai cousin cousin yang menanam anggur untuk join trip ke kelong untuk memancing..u know..kelong..keyl--ong..
ape tu? serius tak taw?? duhhh..lame...mari,saya ajar..mari..nah gula gula..
kelong tu satu tempat yang terletak kat tengah laut..nope nope..bukan pulau..

ok,senyap..tengok gambar kan senang..gedik nak kena explain..


lihat lah...betapa ditengah lautnya kedudukan beliau

ok, entry ni panjang sebab nak cerita bermulanya take off dari rumah sampai balik rumah..tak nak baca tengok gambar, tak nak tengok gambar tutup..muka jelita ni harus ditatap, kalo tak memang rugi..


muka muka exited dan teruja nak memancing..masih tak sedar akan apa yang akan berlaku selepas itu


ni dah sampai..bukan sampai kelong..baru sampai tempat untuk naik bot pergi ke kelong..


kan kan..dah kate, muka semua teruja..kau tengok ah nanti..tengok..ha


ok..kenapa kaki kakak cantik nampak hideous?? kaki pemancing sejati barangkali..hump


memperkenalkan watak, beliau ialah chief the mission..got it? pak kepala..

kitorang iaitu daughter of adnan's memang pertama kali pergi memancing..juga lemah meramal musim..dah sampai, tengok laut, baru sedar yang sekarang musim tengkujuh..ombak dasat dasat..kalau naik feri pegi kelong tu takpe ah kan..ni tak..naik bot..ulang suara biar jelas..bot kecik..

disebabkan terlalu takut ghairah nak memancing, maka tiada gambar yang diambil masa naik bot yang pertama..gila scary weh best sampai tak boleh nak snap gambar..gambar diatas ialah bot yang kedua..laut terlalu berombak, naik bot memang tak jalan..terumbang ambing macam nyawa ni hujung tanduk je..sebelum naik bot memang ceria, dah naik..semua..nyit..nyit..nyit..cengkerik

jadi gambar masa senyap dan terkelu tak sempat snap..ini bot kedua, amboi amboi kemain seronok lagi muka masing masing..tak tak..ni semua hanya sementara..trust me..



dan..kemudian..tiada lagi keterujaan..

bot patah balik..ombak besa

ombak jahat

kitorang semua basah

humphhh!! T_T


tiada lagi senyum tawa

bila dah sedih..makan otak-otak

bukan otak-otak kempas


makan..makan..sila..




horeyyy!! setelah menunggu selama sejam untuk memastikan air laut dah tenang sikit..kitorang pon bergerak menaiki bot yang ketiga..ya..ulang suara ketiga..dan lihatlah wajah ceria kembali terletak di wajah wajah kami..
tapi..hanya untuk seketika..
ombak kembali besarrr..
rugi la tak amik gambar moment tersebut..masing masing tunduk mulut terkumat kamit..zikir..zikir

dan akhirnya kitorang sampai jugak kelong, memang jauh ah dari darat..jangan mimpi nak berenang berenang ketepian

sebab terlalu penat, non of us kisah nak amik gambar..kekdah tido..ila mancing..saya dan yang the rest pon mancing..memang ombak besar sangat malam tu..angin toksah cite la..boleh terbang kalau berat kurang 45kg..ehem..memang la, melayang jugak la rase..macam nak terbang aje..maksudnya ape???

esok pagi barula masing-masing ada tenaga nak pose dan mancing..so, enjoy the pikca..















ok..dah,malas nk upload lagi..upload upload senget..sakit hati..dah..ape pon saya gembira..