Sunday, January 30, 2011

Kita perlukan mereka, tapi kita lupa nak ucap TERIMA KASIH

ini entry serius dari i, i nak menyedarkan masyarakat hari ni. selalu pon asik buat entry merepek, sekali sekali jadi serius baru orang yakin nak ajak pergi majlis. i nak membebel tentang sesuatu yang kita selalu lupa. enough said about melayu mudah lupa sebab cina india pun lupa jugak untuk ucap terima kasih pada mereka mereka yang banyak berkorban untuk kesenangan kita semua. jadi i mulakan dengan mengucapkan ribuan terima kasih tambah jutaan terima kasih sama dengan bilion terima kasih kepada :

1 ) pekerja pelantar minyak


mereka meninggalkan keluarga mereka berbulan lamanya, mana yang ada isteri dengan anak anak terpaksa berpisah. mana yang ada ibu ayah terpaksa tinggalkan mereka, tak dapat pulang beraya bertahun tahun. mereka terdedah kepada bahaya, terdedah kepada pelbagai cabaran. tapi mereka tetap bekerja dan berkorban demi kita semua. kalau tak ada diorang ni, tak dapat i merempit. tak dapat la korang pergi midvalley dan i-city. kereta tak bererti tanpa mereka dan mungkin sistem negara akan lumpuh. kita semua bergantung kepada mereka :')

2) operator


kerja mereka kelihatan simple. tapi hakikatnye, kita selalu lupa untuk berterima kasih. malah, mereka dijadikan bahan lepas geram bila ada masalah yang timbul. hp tak masuk topup pon carik dorang, hp nak aktif 3g pon carik dorang, broadband kena potong pon carik dorang. jadi, ucap lah terima kasih kepada mereka. tanpa mereka, mungkin kita tak boleh nak berhubung sekarang ni. 

3) petani


kau dah la lidah melayu, sehari tak makan nasi terus menggigil la ape la. so, mari kita ucapkan terima kasih kepada para petani. baik petani beras mahupun sayuran. tanpa mereka, lemak yang kita bela tak mungkin dapat beranak pinak. 

4) Pekerja kumbahan


walaupun orang selalu cakap 'jangan tengok najis, nanti jadi pelupa' ..tapi hakikatnya, najis merupakan sumber pendapatan. cuba korang, kalau tangki tahi dah melimpah keluar, ada korang kisah nak bersihkan??  sapa korang carik?? indah water jugak. bukan tu je, kalau bukan kerana individu ini, mungkin negara kita akan dilanda banjir tahi di tahap yang membimbang kan. 

5) makcik cleaner.


yang ni tak payah cakap lebih la. cuma satu je, kalau nampak makcik cleaner nak sapu kat tempat korang, korang bangun la bagi kerjasama. kalau makcik cleaner baru mop lantai, lalu kat bahagian dia belum mop. panas hati woo, baru mop orang dah kotorkan. kalau susah nak cakap terima kasih, bagi la dia rase lega sikit

6) orang selenggara pencawang.


baik pencawang telefon mahupun elektrik mahupun internet. semuanya kita patut hargai. tanpa mereka, sekarang i tak boleh facebooking, korang tak boleh main farmville, hanis zalikha tak bley carik makan dan cik epal tak boleh twittering. 

so, kesimpulannya. i lantik diri sendiri untuk wakilkan rakyat malaysia untuk ucapkan infinity terima kasih kepada mereka mereka diatas dan juga  selain daripada diatas . tiada apa yang mampu kami lakukan untuk balas jasa anda semua. semoga anda semua mendapat balasan yang terbaik daripada yang Esa. terima kasih. 

i love u