Thursday, March 24, 2011

I ada RM621000

Hari ni elaun i masuk..alhamdulilah..pagi pagi lagi turun bas i terus heret Diba ke mesin ATM..bukak purse, capai kad merah..selawat sikit, fuh kiri fuh kanan..mintak mintak duit dah masuk. bila i tekan 'pertanyaan baki' ,  keluar satu nilai 'RM 621000.00' . terlucut seluar uniform i.
biar betul! ni mesti ada silap..ni mesti ada silap..i dah bingung, jantung berdegup laju gila baban kalah kancil turbo..*laju ke?*   terus i tekan batal. i amek kad merah itu, dan i berjalan pergi. mulut masih tertutup rapat, kepala i dah bingung, apa i patut buat? apa i patut buat??  nak bagitaw adibah ke? duiii..kang bagitaw mesti minah skema ni report program manager.i membuat keputusan untuk diam.
selesai kelas English, i pergi lagi check balance akaun i..masih 'RM612000.00'. Ya Allah, ini memang betul, mata i tak silap. spek power 400 i masih jelas. amaigad, apa patut i buat. balik kelas, i terus pergi bank dan transfer duit beratus ribu itu ke 3 akaun berasingan meninggalkan baki RM621 sahaja dalam akaun kad merah.
mungkin ini rezeki..desis hati i..mungkin ini masanya i capai segala angan angan palsu i itu. i tersenyum sendirian. sehingga petang perkara ni masih tidak dihebohkan, i juga tidak mendengar apa apa pemberitahuan dari pihak atasan. so i buat kepurusan memindahkan 'RM100k' kedalam akaun mak i tanpa memberitahu beliau.
i juga pindahkan 'RM50k' kedalam akaun kakak i, ila. sebagai hadiah beliau menjadi kakak yang baik. 'RM50k' kedalam akaun pakdin kerana menjadi abang yang gonjeng, 'RM100k' kedalam akaun ayah i yang tampan , 'RM50k' kedalam akaun abang i epol bagi melicinkin tugas sebagai seorang ayah dan 'RM50k' kedalam akaun kakak i kekdah untuk beliau menikmati makanan korea di korea.
i semak baki akaun..masih tinggal 'RM 200k' ..i simpan 'RM100k' kedalam akaun amanah saham i. baki 'RM100k' i biarkan..kemuadian i teringat pada kawan kawan i..malam tu, i bawa kawan kawan i ke mall, dan memberi arahan mudah 'korang amek la ape yang korang nak, aku bayar'..
masih ada baki 'RM80k'..i derma ke rumah anak anak istimewa yang i wakili sebanyak 'RM20k'..dan bakinya i dermakan kepada surau surau kecil dan juga rumah rumah kebajikan lain dengan transfer ke dalam no akaun yang i salin dari bersamamu dan aduan rakyat.

i gosok mata buat keduaratus kalinya, ya..baki i bukan RM621000.00...nilainya masih sama RM621. bila la KKM nak salah masukkan kosong dekat jumlah elaun i..kalau la betul cite diatas ni kan bagus..haihhhhh..

6 comments:

  1. klo ko dpt camni tadi aku dah beli satu set kryolan lengkap dah tadi...grrrrr...

    tukar la komen ni ke pop up window..cepat skit nk komen bile beruk lambat tukar jd siput..hehe

    ReplyDelete
  2. ahahhahahaa...berangan sagt lah kalo dpt mcm atas..gilew syok babas!

    doa bg org tuh silap tulis cek! hahaha..61200.00 ye? hahah

    ReplyDelete
  3. ain : sila berdoa ianya kenyatan..*mnadah tangan

    yuyu : apakah popup window?? wehh..kan aku mmg akan bawak kawan2 gi mall kalo betul..kryolan ke kau nak? pleas la..hahaha..aim ipad ke, D90 ke..semua boleh

    mimi: akekeh..doa cepat doa..pejam mata rapat2 doa dlm hati..aminnnn
    hahaha..

    ReplyDelete
  4. kalo la btol!!! adeeeiii.. besnyer..
    knpe la xbetol eh?hehehe

    ReplyDelete
  5. kalau la betul wahida, i buat kontest terus hadiah tempat pertama RM10ribu!! hahahaha..

    ReplyDelete