Saturday, September 22, 2012

Senang bila Susah

I begitu berbangga kerana kini i seorang yang jobless. bukan sahaja jobless malah menghabiskn sisa sisa hidup dengan melakukan perkara langho dan sangat tak berilmiah. sejak habes sekolah back then tahun 2007, i tak ada masa nak mengangkang kat rumah membesarkan punggung, malah i terpaksa membesarkan punggung di matrikulasi selama setahun, tak cukup dengan itu i terpaksa sambung medical lab selama 3 tahun. akhirnya setelah menggunakan kebanyakan tisu saraf yang i ada, akhirnya i selangkah ke hadapan untuk memasuki alam pekerjaan.

memang ramai yang cakap 'hoi untungla student kkm , kerja cari kau bukan ko cari kerja' , obvious sangat ni  kata-kata orang cemburu..bahah. i terima ni dengan senyuman sebab memang betul, tapi hakikatnya nak tunggu posting tu mau berakar punggung i *eh banyak sebut punggung * , some seniors says that it took them 6 month and above untuk tunggu panggilan. maksudnya di situ i kena la menggangur sampai i di panggil, what a waste of time rite??

disebabkan sifat i yang tak gemar duduk saja saja, malah adalah berasa sanga bosan kalau hari hari i cume melengkor atas katil bangun masa matahari dah nak terbenam. so i decide untuk cari la kerja sementara nak tunggu posting. memang tindakan kurang bijak sebenarnya sebab i langsung tak tahu macam mana nak cari kerja. ok boleh hina i sekarang, 'puihh dasar spoil brat', beb i memang langsung tak terdedah, salah i ke??

berbekalkan resume yang janji ada, i pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk cari kerja. atas dasar sayangkn haiwan, i aim untuk kerja di petshop atau klinik haiwan, i tau risiko binatang naharom macam anjing, tapi what can i say they are also ciptaan Allah kan. tapi sayang, apa yang i nak i tak mampu dapat. i pergi klinik dengan harapan resume mantop i sebagai medical student boleh bagi bonus untuk i, tapi i silap, job tu hanya dibuka untuk lulusan SPM dengan gaji bulanan RM600. well, i redho.

hampir 10 tempat i pergi untuk apply kerja, but none of them are open for any job vacancy. in the end, i give up. if this what it takes to get a job then i sedar bertapa i bertuah menjadi student kkm yang kerja memang dah terbentang depan mata. bila i fikirkan, macam mana la orang lain yang tak habis sekolah tu nak dapat kerja yang mampu tanggung keluarga. lagi-lagi yang mana dah ade anak..oh no, i tak boleh imagine. mesti tak dapat nak berlibur di hujung minggu.


ape i dapat simpulkan is, kita tak kan rase senang selagi kita tak rase kesusahan tu. i betul betul ambil iktibar, sedangkan nk kerja jadi sales girl pon kena interview *uhuk firstlady uhuk*  apetah lagi kerja kerja lain. so for those yang terbaca entry ni and especially anda adalah seorang pelajar sekolah, teruskan belajar dengan berusaha supaya anda berjaya dan tak perlu hidup susah.

serius betul entry kali ni..till then..salam keinsafan dari kakak gajus..daaaa


No comments:

Post a Comment